Wednesday, December 19, 2012

20.12.2012

Assalammualaikum korang suma....

Errr....sila sematkan dlm minda bahawasanya tajuk entry takder kaitan dengan isi kandungan entry kali ini..(saja suka letak tajuk sebab tarikh menarik).

Korang pernah tak mengalami peristiwa yg memalukan yg bila korang igt blk, mesti korang tersengih2 sorang2?? mesti penah kan?kan? normal la kan....mesti penah punya....saya pun cam tu gak la....ada beberapa peristiwa yg agak memalukan saya pernah terjadi,namun,bila igt2 blk...mcm kelakar pun ada (at that time,sumpah tak kelakar).  Mari kita lihat...apakah peristiwa2 tersebut.....(ada gaya mcm pengacara rancangan tibi tak???)

-masa saya sekolah dulu kan (tingkatan 5 rasanya) masa tu subjek sejarah.  Cikgu sejarah (En Badrol)sedang menerangkan fakta2 sejarah,saya dengar,tp,tak fokus, mata konon2 sedang membaca buku teks,tp, fikiran mengelamun tah kemana dh,tp,stil saya dengar la penerangan cikgu tu,cuma tak fokus, so, bila cikgu tu bertanyakan soalan,saya lantas terus jer berdiri dan menjawab dengan konfidennya, cuma saya agak pelik, satu kelas senyap sunyi jer tetiba, semua fokus kt saya,En Badrol lak mcm terpinga2,mcm konpius pun ada gak,tp,dia terima gak la jawapan saya, sebab dh mmg betul la apa yg saya jawab tu...sekali tgk,mmg mcm takder apa yg pelik kan?kan? saya pun ngan bangganya duduk la blk.....pastu..duduk jer...kawan saya yg dok sebelah saya tu ckp....eh...apsal ko jawab??En Badrol bukan tanya ko, dia tanya Amira la....erkkk....patutlah En Badrol terpinga2 masa saya berdiri dan jawab soalan tu....rupanya..dia tanya orang lain...alamak...malu kot....terus tak leh nk pandang dh muka cikgu tu lepas tu...(ari tu jela....esok nya dh ok blk)..seb baik jawapan tu betul.....kalau salah???double malu tau....moral of the story...jgn mengelamun dlm kelas....

- Ada sekali ni, (umur saya dlm 20 kot-muda lg masa tu) saya nk g melawat kakak saya kt hospital, dia warded kt Hospital Pusrawi,kebetulan saya tinggal satu rumah ngan dia masa ni, family kan kt Taiping,so,secara otomatiknya,saya la informer mak n abah utk update perkembangan terkini kakngah saya, jd, petang tu,lepas siap2 suma,saya pegi la hospital tersebut dengan menaiki teksi,pegi sorang2 la.  Takder apa kejadian aneh berlaku sampai la kt hospital, lawat kakngah,borak2 lebih kurang, petang skit blk la,cuma agak pelik bila ada sesetengah nurse dan petugas2 hospital mcm pandang 'slack' jer kat saya,pehal lak kan?? saya tgk rambut ok jer,siap ada sepit rama2 lg (masa tu saya masih belum bertudung yer)baju ok, seluar jeans pun ok jer....sandal pun ok....maybe dorang kagum kot...saya cuma nk sedapkan ati sendri (nk kagum kt mana pun tah la kan??)malas nk fikir.....saya terus tunggu teksi dan blk umah....sampai umah baru saya tau...kenapa mereka memberikan pandangan yg aneh itu kepada saya.....sampai umah, nk salin baju, baru saya sedar,saya lupa nk zip kan blouse yg saya pakai tu...boleh??? rasa mcm nk hantuk kepala kt dinding pun ada gak time tu.....kagum la sgt kt ko kan??? seb baik la, zip tu dibahagian belakang,pastu saya pakai lak 'tube'colour putih coz blouse tu agak jarang dan rambut saya panjang tutup plak bahagian belakang....so..rasanya takder la obvious kot zip terbuka?(tp...kalau tak obvious,apsal akak2 nurse tu pandang 'slack' jer td?)arrghhh.....malu. sejak tu,kalau ada jer manusia yg jeling2 dan memberikan pandangan yg aneh,saya cepat2 pastikan saya tidak memalukan diri sendri lg.

- Saya ada penah citer kan yg saya ada minat ngan seseorang ??? kira mcm crush arr kan....so, ada sekali tu,saya, orang yg saya minat skit2 tu, dan kawan2 kitaorang g dinner (tak igt sgt la apa majlis tu, kenduri  kawen kalau tak silap) so, kitaorang dok la semeja. Meja bulat ok...dok sebelah orang yg saya minat skit2 tu. Segalanya mcm biasa, normal jer, makan,borak,minum,borak lagi, makan lagi, sehinggalah..... saya terperasan ada sorang makcik ni tersengih2 pandang saya, saya tak kenal pun makcik tu, tak pernah jumpa pun sebelum ni,makcik tu berdiri tak berapa jauh dari meja saya dan rakan2, so,saya, dengan niat tak nak memalukan makcik tu dok tersengih2 sorang2 (saya amat yakin makcik tu sengih kt saya-walaupun saya tak kenal pun makcik tu) senyum la blk kt makcik tu. Pastu, orang yg saya minat skit2 tu tegur, eh, dia senyum kt awak ke?dia kenal awak ke?? ke dia senyum kt orang lain??? saya dengan konfiden level yg amat tinggi jawab, tak la...dia mmg senyum kt saya la, dari tadi la, tp,saya tak kenal pun.  Pastu, makcik tu lambai2kan plak tangan dia kt saya, saya pun dengan segan2 lambai la blk, tp.........rupanya, makcik tu tak lambai saya, dia tak sengih kt saya, dia dok sengih dekat kawan dia di belakang saya...tah bila masa ada manusia di belakang saya plak ni...td takder pun.  Orang yg saya minat skit2 tu dh tersengih2 sambil angkat2 kening dh...seb baik kawan2 yg lain tak perasan coz memasing sibuk makan.  Kalau la dorang perasan apa yg berlaku tu,maunya kecoh setahun tak abis.  Rasa mcm nk nyorok bawah meja pun ada gak time tu.

Hmmmm...tu jer yg saya igt, cukup la top 3 ni yer.....kang kalau byk sgt...korang konpius lak,saya ni part time badut ke kan??? apa pun,saya percaya, korang gak mesti ada peristiwa2 yg lebih kurang sama kan?? mungkin tak sama dari segi tempat,masa mahupun peristiwa,tp, saya yakin pasti ada yg impaknya sama mcm saya iaitu malu.  hehehe......ok korang, setakat ni jer dulu yer...saya nk makan jap ni......hingga jumpa lagi yer......bye bye....

Tuesday, December 11, 2012

12-12-12

Assalammualaikum korang....

Disember datang lagi...(dh 2 minggu dh pun...) bermakna...kita ada kurang lebih 2 minggu jer lagi utk berkasih-kasihan,bercinta-cintaan,bermesra-mesraan dan bersayang-sayang dengan tahun 2012.  Pasni, dh tak jumpa lagi dh dgn tahun 2012.  Cerai talak tiga, tak leh nk rujuk dh,'cina buta' pun tak leh tau. Hanya leh letak dlm memori sebagai kenangan.  Cewahhh....

Apapun, kita masih berbaki 19 hari lagi utk selesaikan apa yg belum selesai, come on....caiyok2.  Dh tertunaikah azam korang suma??? Kalau belum, jgn berhenti berusaha tau...Kalau dh sampai 2013 pun....kalau azam tu stil tak tercapai, teruskan gak....ok? (nasihat mcm utk diri sndri jer...eh??)

Ok korang....tak der benda nk share pun...sesaje nk taip gak....hehehe...kita jumpa lagi yer...bye.

p/s: sajer letak tajuk entry date ari ni, walhal takder benda pun...hehehe...

Wednesday, November 28, 2012

C dan D

Assalammualaikum korang....

c dan d dh kenal sejak dari darjah 1. ketika sama2 comot dan tak tau membaca. Belajar kenal ABC sama2. (opss, c dh boleh membaca sejak Tadika sebenarnya). Mereka berada dlm kelas yang sama sehingga darjah 6. Kemudian, bila sekolah menangah, mereka hanya sempat bersama selama 2 tahun,iaitu sehingga Tingkatan 2 sahaja,kerana c tukar sekolah ketika tingkatan 3.  Ketika di sekolah rendah, c dan d sama mcm kanak2 normal yang lain, mereka belajar dan bermain bersama2 (kebanyakkannya adalah main dari belajar..hehehe) kena denda dgn cikgu pun sama2. Memasuki sekolah menengah,iaitu tingkatan 1, c dan d tak lagi bermain bersama (dh 13 tahun,takkan nk main kejar2 kt padang lagi kot?), c dengan hal sendiri, d pun dgn geng dia sendiri, mereka tidak lagi bergurau senda seperti dahulu walaupun mereka masih lagi berada di dlm kelas yg sama, hanya sesekali berbalas senyuman. Selepas hampir 8 tahun berada dlm kelas yg sama, akhirnya c dan d terpisah, c meneruskan persekolahan di sekolah yg lebih hampir dengan rumahnya, d pun tukar sekolah gak, tp, sekolah yang lain la dari sekolah c.  Sehingga selepas SPM, mereka tidak lagi bertemu sehinggalah masing2 berjaya melanjutkan pengajian dan ditakdirkan mereka bertemu di tahun kedua pengajian mereka. walaupun berlainan universiti dan jarak yg jauh, namun, setiap kali cuti semester, d akan tunggu c di hentian Puduraya (skang dh tukar nama Pudu Sentral) dan mereka akan pulang ke kampung bersama2. Sesekali mereka berdua tgk wayang kt Midvalley dan jalan2 takder tujuan kt Low Yatt. 

2 tahun kemudian, c pulang utk bekerja di kampung mereka iaitu pekan T manakala d meneruskan pengajian dan bekerja secara part time di bandar SA. Mereka berdua tidak lagi bertemu walaupun d kerap juga pulang ke kampung (pekan T). Tidak juga mereka berhubung melalui telefon mahupun sms dan email.
Setahun kemudian, c mendapat pekerjaan yg lebih baik di bandar KL. d juga telah berkerja di bandar yg sama. Namun mereka tidak pernah bertemu. Hanya berkirim salam melalui teman2 yg lain. 3 tahun kemudian, d pulang ke pekan T dan bekerja di sana, c meneruskan pekerjaan di bandar KL.

Namun, semlm, setelah 7 tahun tak jumpa, langsung takder komunikasi antara satu sama lain, tetiba c telah bermimpi, dia telah kawin dengan d. Yer...c tu adalah saya....d tu adalah kawan saya yg dh 7 tahun tak jumpa. hahahhaha.....mimpi oh mimpi....

Thursday, November 22, 2012

Apa Sumbangan Kita???

Assalammualaikum ...

Saya baru jer lepas baca status seorang 'sahabat' di fb, (kena letak ' ' sebab saya bukan rapat pun, kenal masa sekolah menengah dulu,kalau jumpa face to face pun belum tentu saya tegur (bukan sebab sombong,tp,mmg saya tak pernah berborak pun ngan dia masa sekolah dulu,inikan plak skang?kan?kan)

Lepas baca status tu, saya rasa kesal dan sedih skit. 'Sahabat fb' saya tu mempersoalkan perlu ke kita menderma kepada rakyat Palestine yg sedang diserang oleh Yahudi Israel??? alasan dia, sumbangan derma belum tentu sampai kepada mereka,lepas saya baca status tu,saya terus berfikir, ada juga manusia yg waras akal fikirannya,sempurna tubuh badannya, boleh mempunyai pendapat yg begitu menyedihkan.  Sedih dan simpati saya pada golongan manusia yg pendek akal dan miskin kasih sayang sesama manusia ni. 

Agaknya dia lupa atau tak pernah tahu  DI DALAM TAFSIR IBNU KATHIR, ada diceritakan mengenai seekor burung kecil yang cuba memadam api, yang membakar Nabi Ibrahim a.s... Sesungguhnya tatkala Nabi Ibrahim a.s. dicampakkan ke dalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi, cuba memadamkan api tersebut, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim…

SEEKOR burung kecil terbang, mengisi air dalam paruhnya, lalu menyiram ke atas api yang membakar... Perbuatan itu diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu mereka menegur burung itu.... Bagi mereka perbuatan burung itu yang mengambil air dengan paruh yang kecil, lalu menyiram ke atas unggun api yang besar itu, hanyalah perbuatan sia-sia, kerana api yang membakar Nabi Ibrahim terlalu besar dan marak menyala, pasti sahaja takkan terpadam dengan air yang disiramkan itu... 

TETAPI burung itu menjawab dengan penuh keyakinan ‘‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi AKU LEBIH TAKUT KEPADA ALLAH, KERANA ALLAH AKAN MENYOAL AKU NANTI , apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak”......

Jadi, bukanlah, umpamanya, persoalan BERJAYA ATAU GAGAL mengalahkan Yahudi Zionis yang harus kita bicarakan, tapi tentang usaha dan ikhtiar yang harus kita lakukan... Usaha dan ikhtiar untuk merawat luka saudara seagama yang sedang ditindas di sana....

Apa la sgt kalau setakat RM10 (kalau lebih lagi la  baik) yg kita dermakan kepada saudara kita di sana??? tidak tersentuh kah hati 'mereka' ini (golongan yg berpendapat seperti 'sahabat fb' saya) melihat gambar2 anak2 kecil di Palestin yg cedera dan menjadi yatim piatu lantaran ibu bapa dah meninggal??? soal sumbangan tersebut berjaya sampai atau tak...kita tawakal kepada Allah, berdoa moga2 Allah mudahkan urusan penghantaran sumbangan.  

 Begitu juga soal boikot, sana sini di FB sekarang orang ramai sibuk membicarakan.  Namun, ada juga yg berpendapat, setakat nk boikot mc'd, sedangkan byk lagi produk yahudi kita guna.  Berbalik kepada kisah burung kecil tadi, kalau tak semua produk yahudi kita boikot, sekurang2nya kita ada usaha,dan setiap usaha, In Sya Allah, akan ada kesan dan impaknya.  Berusaha la untuk tidak menyumbang kepada ekonomi Israel.  Takkan la tu pun susah sgt nk faham kan???

Dan semestinya, sumbangan paling besar kita sebagai saudara seagama mereka adalah DOA.  Jangan pernah berhenti berdoa moga2 segala keperitan yg mereka alami sekarang ini akan tamat.  Dan saya baru jer lepas baca artikel tentang seorang sukarelawan yg berjaya ke sana, dia kata, dia pernah bertanyakan soalan kepada seorang remaja Palestin, apakah sumbangan yg dia inginkan dari Malaysia?? tau apa jawapan remaja Palestin tersebut??? cukuplah sekadar doa, remaja Palestin itu juga menambah, dia tidak perlukan simpati kita, apa yg dia perlukan hanyalah doa, teruslah berdoa utk kami,agar kami diberi kekuatan utk terus mempertahankan bumi Palestin dan agama Islam. katanya lagi, dia sesungguhnya berasa bertuah dan beryukur kerana Allah memilih Palestin utk diberi ujian ini, bukti Allah sayangkan rakyat Palestin, Allah beri peluang mereka berjihad dan walaupun sedih kerana kehilangan ahli keluarga,namun kesedihan itu tidak lama,kerana mereka yg pergi itu adalalah para syahid dan dia sedikit pun tidak gentar utk berjuang kerana jika dia meninggal, ganjarannya syurga Allah.

Jadi, sebagai seorang muslim, marilah kita memberi apa yg termampu kepada mereka.  Janganlah terus 'membutakan mata hati' dengan tidak mengambil peduli akan nasib mereka.  Jangan nnt takkala Allah bertanyakan kepada kita, apa sumbangan kita, apa usaha kita dalam membantu mereka, kita tiada jawapan.

 

Monday, November 5, 2012

Team Building

Assalammualaikum korang

2-4 hb ritu, saya telah diarahkan utk menyertai satu team building kt Janda Baik.  Lalu, rela dalam keterpaksaan, saya pasrah. Betapa berat rasanya hati utk pergi.Lemah rasanya kaki utk melangkah. TETAPI....setelah sampai,dan setelah menghabiskan silibus kursus, baru la rasa...best gak kursus ni. (Situasi mmg tak jauh beza masa team building yg dekat Broga dulu,memula tak nak pegi,pastu ko enjoy segala aktiviti kt sana kan???)

Banyak ilmu yang saya pelajari masa kt sana.  Sungguh menginsafkan. Almaklumla, pengisian kursus mmg menfokuskan ke arah kerohanian.  Fasilatator sumanya di kalangan para2 ustaz.  Maunya tak insaf dh kalau dia letak jenazah kt depan tu (patung la tp dia dh siap kafankan lagi mayat tu tau) siap tabur kabur barus lagi, siap pasangkan bacaan Yasin lagi, pastu,suruh bayangkan yang jenazah itu adalah kita, mau tak insaf kot???

Alhamdulillah, sepanjang 3 hari 2 malam kt Janda Baik tu,banyak sgt ilmu yg dapat saya pelajari,moga2 Allah terima setiap perbuatan saya di sana sebagai ibadah.

Ok,sampai jumpa di lain entry...bye2.

p/s: dh lama tak tulis kata2 hikmah kan???so....ini kata2 hikmah utk kita fikirkan dan amalkan bersama yer..

'akal utk berfikr,hati utk berzikir' 




Wednesday, October 31, 2012

lagu utk mak dan abah

Assalammualaikum korang....

Lagu ni saya sangat suka, suka dengan liriknya yang pada pendapat saya sangat sempurna dan cantik.  Liriknya simple namun lengkap dengan doa....melodinya pun best, cathcy.... rasa insaf bila dengar kan??? (kalau tak insaf gak walaupun sekejap, tak tau la nk ckp pe kan?)....


Wednesday, October 24, 2012

Salam AidilAdha 1433H

Assalammualaikum korang...

Terkejut tak???terkejut tak???semalam baru update...hari ni dh update lagi??? actually, this is just a quick and short entry....just want to wish all of you....Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha...semoga ianya akan memberikan sejuta hikmah kepada kalian.

ok, tu jer, (kan dh ckp entry ni pendek)...korang take care..bye2.

Me and my wikend

Assalammualaikum korang...

Last saturday i went to sunway lagoon, for the first time ever.  Tu pun sebab my housemate dapat tiket free sebab cousin dia ada familyday kat situ. (Imagine that,saya ada housemate, housemate saya ada cousin, cousin dia ada family day, saya yg takder kaitan lansung leh dapat tiket free) ;)

So,dengan tak malu, saya telah join familyday tersebut (which is sooooo not me) dengan bermain (melibatkan diri) dalam beberapa aktiviti.  Well, of course la tak der la directly join all da activities kan??? i mean, pas dapat tiket, gathered jap ngan family housemate saya tu (si pemberi tiket percuma), had a lunch (errr...makanan pun adalah utk familyday namun tanpa rasa bersalah makan gak sebab perut dh lapar) pastu tu saya dan my housemate wat hal sendiri la...

And, guess what??? 1st aktiviti kitaorang adalah flying fox....yeah...u've  got to believe me....for the 4th time in my life....i've done the flyingfox. But, of course, ianya adalah hasil paksaan my housemate.  Tengok dari bawah mcm tak tinggi sgt jer, dan memandangkan saya dah pernah buat sebelum ni, konon takder la rasa cuak sgt, TAPI, bila dh siap pakai helmet dan segala hernet (eh, betul ke nama benda alah tu hernet ek???) baru rasa mcm nk tukar fikiran tp,sayang semuanya sudah terlambat.  So, pendekkan cerita, saya ber flyingfox sambil pejam mata, sampai separuh jalan baru buka mata, hahahha.

Pastu, naik pelambung besar kt sungai (sungai buatan jer) yg ada rapid....kira mcm water rafting la...best gak tp sebab dh penah naik the real water rafting dan berkayak dulu kt sungai secara semulajadi which is much more challenging, its kind of 'hmmm...ok la' (berlagak tak hingat kan???)

After that, naik plak jambatan gantung yg sgt panjang (i think it stated somewhere that jambatan is the longest - im not sure the longest of what, in Asia???world??? i totally forgot.) But, it is very torturing me ok...since im very gayat person, im very afraid of height.  For those who really knew me, they know that i hate being in ferris wheel, elevator that can see through (u know, that kind yang mcm kaca jernih yang leh nmpk luar tu kan???tell u what, kt korea, kebanyakkan lif adalah serupa itu)jambatan gantung dan etc la. Saya amat tak suka (takut sebenarnya) apabila berada dlm tempat yang tinggi yang bergerak.  Bayangkan la, jambatan tu dh la panjang, pastu mcm jaring2 jer,leh nmpk kolam kt bawah tu,pastu, gerak2 sebab angin, dugaan tau tak nk sampai ke hujung. But, i've made it. Done. Phew. (Lap peluh kt dahi)

Then, kitaorang g memanah.  First time gak saya memanah, dan,best rupanya memanah ni,tp, bangla yg jaga kt situ kedekut, dia kasi 5 anak panah jer sorang. Minta lebih pun tak kasi.  Bangla kedekut. Pastu g main paintball, tp, bukan yg macam perang2 tu, kita cuma berdiri, aimed kt papan kt depan tu,pastu shoot la sampai abis peluru.  Seronok gak sebenarnya. 

Balik umah dh mlm (sebab singgah sunway pyramid dinner dulu kt Tony Romas)....mandi2 pastu terus tido...nyenyak ok tido mlm tu...ari ahad??? hmmmm......berkurung jela.  Seriously, it was very fun, dan hilang stress jap, doing sumthing extraordinary (walaupun takut okeh masa tu but sgt worth it).  Thanks to my housemate, thanks to her cousin for the free ticket. 

Ok, thats all for now...til the next entry...take care and bye.


Tuesday, October 16, 2012

PMS????

Assalammualaikum korang....tajuk entry adalah sangat kewanitaan...hehehe...

Lately, saya sering sakit kepala, sakit2 badan, sakit tekak, mungkin faktor cuaca, detik hati kecil saya. (Ayat haruslah mcm cerpen dlm majalah Si Didik) Pastu plak, sukar nk tido, well, biasanya, kalau hari bekerja, jadual tido saya adalah pada jam 10.30pm...dan selalunya nyenyak jer sampai kul 6.30am, sesekali terjaga in between, tp, takder masalah utk melelapkan mata semula.  But, sekarang ni, susah plak nk tido, tah naper....pusing kiri, pusing kanan, alih bantal, stil tak leh tido.

So, last week, saya sakit kepala sgt (mungkin sebab tak leh tido, kata hati kecil saya lagi) saya pun pergi la klinik, amik ubat dan yang penting amik MC... Guest what??? doktor ckp saya stress.  STRESS ok...errrr....mmg pun sebenarnya.....ahahhaha....so, doktor suggest saya bersukan, sekurang2nya joging, boleh reduce stress, masalahnya, sekarang kan musim hujan??mcm mana nk joging??? (bentak hati kecil saya memberikan alasan) ahahhaha....mkn coklat tak leh reduce stress ke??? bukan tak boleh, tapi tak cukup, jawab doktor yang dh mula hangin agaknya dgn saya.  Ok...ok...saya akan bersukan. (Joging jer pun...apa susah kan???mmg tak susah...tp..sampai sekarang belum berjaya lagi nk joging.....sorry doc, but i'm trying now)

So, bila under stress ni, kadang tu tanpa sedar kita mudah marah, skit2 nk marah, skit2 nk emo, orang wat kelakar rasa mcm nk lempang, sgt tak best ok...pastu.....dlm dok sibuk menangani stress ni, 'bff' datang menziarah plak, biasanya bila 'bff' datang, saya menjadi emotional skit....aduhhh...dan hari pertama 'bff; datang, dalam keadaan stress dan perut lak nk 'bermanja2' (period pain)....dapat plak berita yang menambahkan stress.... Berita pasal kerja,bukan la isu besar tp..di kala keadaan saya yang sedang berjuang utk happy nih, ianya mcm seolah2 dh siap basuh baju kaler putih siap rendam clorox lagi, nk jemur jer tp tetiba ada orang datang amik baju tu letak dlm lumpur....cam tu la keadaan dia...(apa punya contoh ni???)

So, mood mmg ke laut la,nk wat pe pun tak der mood, rasa mcm nk lari jauh2...or nk jerit kuat2....so....sekarang ni..tak tau la...saya PMS atau mmg stress atau saya stress sebab PMS atau PMS menyebabkan stress saya bertambah teruk atau entah la....seriously, saya stress sekarang nih...dan rasanya dh lama kot...cuma bertambah teruk lately....harap2 leh overcome this stress issue ASAP...so, until then, bye korang.

p/s: update bowling: keputusan tak menghampakan walaupun tanpa sebarang training dan bermain dlm keadaan stress...hehehhe....

Tuesday, October 2, 2012

kunci

Assalammualaikum korang...

Last weekend saya pulang ke umah parents dan secara tak sengajanya telah tertinggalkan kunci umah kt sana. Dah sampai kt umah sewa, baru sedar kunci umah takder dlm beg, puas la selongkar beg, selagi ada ruang dlm beg tu dh cari, tp kunci umah tetap takder, nasib baik housemate ada, so, dia la yang tlg buka kan pintu utama, so,boleh masuk umah,tp, masalahnya, kunci bilik plak.....(ok...ni pengajaran berguna, lain kali,sila buat spare key set dan sorokkan kt mana2 yang selamat)...

Nasib baik segala keperluan utk ke pejabat ada dlm beg, so, esoknya saya ke pejabat mcm biasa, minta pulang awal dari bos sebab nk ke kedai kunci/locksmith.  Dipendekkan cerita, brader locksmith tu datang umah,tukar tombol dan serahkan 3 set kunci bilik dengan upah keseluruhan RM80.

Lepas jer brader locksmith tu settle kan  kerja2 beliau, terus bergegas bersiap2 dengan pantas (dh namanya bergegas,mesti la pantas) utk ke Istana Budaya, tgk Lawak Ke Der 2, dapat tengok free sebab housemate dapat pass utk media, yeayy.... Mmg lawak dan tak rugi pegi tgk...bertambah berbaloi bila free tak yah kuar duit satu sen pun dan dapat duduk kat seat yang best.

Ok, tu jer kot utk kali ni, nnt saya update ttg bowling plak....(Sabtu ni ada tournament bowling anjuran opis, kali terakhir main bowling adalah pada kejohanan yg sama tahun lepas, dh setahun lebih tak pegang bola bowling, entah apa la nasib nnt...huhuhu, korang wish me luck ok....)


Tuesday, September 25, 2012

Annoying things in public transportation

Assalammualaikum korang suma....

Apa khabar korang? saya kurang sihat skit hari ni....bermula malam semalam lagi saya dh perasan, tekak dh rasa perit, kepala sakit,mata asyik berair jer, mungkin tanda2 demam (wahhh...suhu badan tak check pun tp pandai2 kata tanda2 demam,doktor pakar ke cella sekarang ni?) Harap2 tak demam teruk la...ok, mari abaikan kisah nk demam or tak ni dan kita terus ke topik entry ni....perkara2 yang buat korang annoying/ yang menjengkelkan korang semasa berada di dalam kenderaan awam.

Korang pernah atau sering menggunakan kenderaan awam tak? saya boleh dikatakan hari2 naik kenderaan awam (LRT) utk ke pejabat.  Selama hampir 4 tahun saya berulang alik menggunakan LRT, tu tak kira lagi setiap 2 minggu,saya akan naik bas plak utk blk ke kampung, dan kadang2 bila keadaan memerlukan saya juga menggunakan teksi, monorail dan komuter.  Jadi, di sini saya ingin berkongsi dengan korang beberapa perkara yang mengjengkelkan saya yang biasanya terjadi di dalam kenderaan awam. (Hebat tak ayat saya???hehehe)

1)- Mereka yang suka berdiri bebetul kt depan pintu LRT, yang menyebabkan kita tak leh nk masuk, walhal ada jer ruang kosong kt dlm gerabak tu,tp, tetap nk berdiri bebetul kt muka pintu. Pastu, bila tren dh benti kt satu2 stesen,mereka yang sama tu,yang suka nau berdiri kt pintu tren tu, selamba badak jer buat tak tahu, bukannya nk kuar kejap,kasi la orang nk kuar dari tren tu kan??? ishhh...sungguh tak berbudi pekerti mulia betul.

2)- Golongan yang suka letak beg dan segala harta benda yang ada atas kerusi hinggakan elok2 orang lain leh duduk langsung tak leh gara2 space tu dh diletakkan khazanah dia tu, as if dia beli tiket extra plak utk barang2 dia kan?kan?

3)- Individu2 yang suka tul cakap menggunakan high volume, ok, tak salah kot nk ckp kt tepon, tp, agak2 la kan??? tak yah la kuat2 sgt suara tu, mcm nk kasi tau kt suma orang keliling tu apa yang dia borakkan, saya sgt stress bila keadaan ni terjadi terutama dlm bas, yela, elok2 nk tido, gangguan tau tak??? sama gak ngan manusia yang suka biarkan telefon bimbit dorang tu berbunyi lama2 baru nk angkat,mcm nk pekak telinga baru terhegeh2 nk jawab, ringtones plak sekuat2 alam bunyinya, dan lagu yang digunakan sebagai ringtones plak, alahai,sedih.

4)- Saya sgt tertekan bila terpaksa menghadapi pencemaran bau badan.  Mcm nk pengsan tau tak bila terpaksa menahan nafas dan terhidu aroma badan orang yang ....hmmmm....tersangat menyiksakan.  Kot kejap tak per lagi, ini buatnya sejam saya dlm tren tu, terpaksa berdiri sebelah makhluk ni, dia plak tanpa rasa bersalah mengangkat tangan utk memegang besi pemegang dlm tren....errrkkk.....bertabah la hati masa tu. Rasa mcm nk kasi hadiah rexona jam2 gak kt dorang ni.

5)- Pasangan bercinta dan memadu kasih dlm kenderaan awam tanpa menghiraukan manusia sekeliling ibarat dunia ini mereka yang punya.  Selalunya remaja2 muda la yang buat perangai ni, konon loving couple la, lansung tak segan silu kt orang yang memandang, dik, please la, akak skit pun tak jealous ngan korang, cuma, akak rasa nk muntah tau tgk 'kemesraan terlampau' korang tu.

6)- Lelaki2 yang ....errrr...apa nk klasifikasi kan mereka ni yer? ala....yang spesis tenung orang sampai kalau boleh nk juling biji mata.  Tak pasti apa motif nk tenung orang sampai cam tu kan??? Seram pun ada gak kadang tu, mana tau kot2 mereka ni ada sakit jiwa?? saiko kan??

7)- Mereka yang terlebih peramah.  Situasi ni biasanya terjadi kt saya masa dlm bas nk blk kampung, yela, biasanya , dlm bas, saya akan tido, supaya perjalanan terasa lebih cepat....hehehe...tp, ada plak yang terlebih peramah nk sembang2 plak....isshhhh.....saya bukan la peramah yer kawan2, saya hanya peramah dengan mereka2 yang dh rapat sahaja, sekian harap maklum. Dh pretend tido, dh pejam mata, lagi nk tanya, eh, awak tido eh??? tak lah, ngah ngaji ni....jom la join sekali.

Sebenarnya ada byk lagi perkara2 yang menjengkelkan kita kan??? tp, kalau difikirkan blk, suma tu puncanya hanya satu, attitude. Betul tak?? maksudnya, benda tu suma boleh ubah/dielakkan kalau kita bersedia mengubah attitude kita. Justeru kawan2, marilah kita mengubah sikap kita yang perlu diubah agar hidup kita semua lebih aman,damai,tenteram dan bahagia, Insya Allah.

Ok, hingga jumpa lagi, bye kawan2.






Monday, September 17, 2012

My Genre

Assalammualaikum korang semua....

Korang mesti ada filem kegemaran kan? or drama kesukaan?? or citer yg korang leh tgk berkali2 tanpa jemu??? korang suka cerita yg ber'genre' apa??? as for myself, saya memilih utk menyukai cerita2 yg ber'genre'kan komedi romantik...kenapa saya memilih utk menyukai genre ini? (wahhh...ayat mcm dlm paper BM masa exam SPM).... kenapa??? sebab...saya menonton utk hiburan, saya menonton utk melepaskan stress, saya menonton utk kepuasan diri dan berbagai2 alasan lagi. Genre ini 'ringan', dan selalunya, happy ending, so, saya tak stress semasa menonton....

Bukan la bermaksud saya tak tengok citer2 genre lain seperti seram (citer hantu ler tu), citer aksi, citer misteri, tp, saya kurang gemar citer2 ber'genre  berat.  Sebab, kalau citer horror (citer hantu), kang masa nk tido kang mula la terbayang2kan wajah2 'jelita' hantu dlm filem tersebut,kan ke masalah??? dan saya sgt tidak menggemari citer pasal futuristik2 or alien2 ni...tak tau naper..dari kecik, saya tak suka citer2 mcm star wars tu...

Bagi diri saya, bila tonton drama/movie bergenre kan komedi romantik ni, ianya boleh menjadi satu terapi,especially bila saya stress, or mood tgh 'swing' gara2 PMS. Serius, ianya sgt berkesan. So, korang leh cuba yer...pasni, bila stress or badmood, cecepat g tonton komedi romantik movie/drama.

Sebab itula, saya sgt sgt sgt suka menonton drama Korea bergenre kan komedi romantik. Tp, bukan semua yer, kena tapis dulu para aktor dan aktress nya....dan, kerana terpengaruh dgn drama2 korea la saya telah berjaya menjejakkan kaki ke sana...hehehe....walaupun, kebanyakkan citer korea mcm cliche jer....hero selalunya kacak (walaupun kadang2 tu takder la kacak sgt,tp, gambaran dorang kadang2 melampau2 kacaknya),kaya, berjaya,namun panas baran,ego, heroin plak mesti selekeh tp comel (kadang2 tak comel pun)miskin or at least ada masalah kewangan,baik hati,pemaaf, second hero yg tak berapa kacak tp sgt baik hati,suka kt heroin dlm diam, sentiasa la dok tolong heroin ni bila hero buli2 pastu makan hati bila hero dan heroin bercinta, pastu second heroin (errr..selalunya ni watak antogonis,watak pemberi masalah kepada hubungan hero dan heroin) selalunya digambarkan cantik bergaya, obses dgn hero,sanggup buat apa sahaja utk memisahkah hero dan heroin (biasanya ex-gf hero)tp akhirnya insaf dan membawa haluan sendiri.

Plot citer plak lebih kurang jer sebenarnya, cuma berbeza skit2 jer, kalaupun tak sama,tp, kita mcm dh leh teka arr apa yg akan terjadi.....regardless suma tu, saya tetap suka tonton drama korea gak.  Kalau tgk dvd or online, sanggup berjaga 3-4 pagi utk menghabiskan episod2 tersebut. Gigih datang kerja mata mcm tak leh nk bukak gara2 tido 2 jam jer sebab tgk citer korea.

Ok, cukup la dulu, saya nk sambung tgk drama korea lagi (tadi pause kejap sebab line internet slow plak,hehehhe)....sehingga jumpa lagi yer.....bye.


Wednesday, September 5, 2012

Listen....not just hear...

Assalammualaikum wbt korang ....

Ari ni dh 19 Syawal 1433H.... amacam sambutan raya korang??? gempak tak??? masih berbaki 10 hari lagi yer utk menganjurkan dan memenuhi undangan rumah terbuka yer...

Tajuk entry mcm tajuk slot masa kursus yang kita attended utk penuhkan jam kredit ISO kan?kan? hahaha...
Rasanya semua orang tahu beza di antara listening and hearing, walaupun kalau kita google translate kan both akan memberi maksud yang sama, mendengar, tp ada beza yer mendengar dgn ikhlas,cuba utk memahami apa yg didengari tanpa sebarang prejudis dan mendengar tanpa apa2 perasaan (sebab telinga tu tak pekak kan?so,dengar jela, tp fikiran melayang tah ke mana, tak fokus dgn apa yg didengar).

Listening skill is an essential in a communication/relationship.  (Yeah, suma orang tau pun kan???).  To have a partner who are a good listener, is everybody wish, isn't? Yela, imagine that, you are under stress, you need someone to listen all your  'luahan rasa', then your partner (it is not necessarily your husband/wife/lover, could be your bestfren,sister,brother,etc) said, 'ok dear, im listening, just blow it out' while playing online games, how would you feel??? atau...korang tengah bercakap sesuatu yg sedih sambil mengalirkan air mata (menangis la tu), si pendengar tu leh siap main sms sambil tersengih2....apa korang rasa???

To be a good listener, we have to:

1- focus on what we hearing
2- rational-never get emotional
3-never comparing (meaning that, if you are listening to someone who are telling you about his/hers problem, don't comparing yourself with them or comparing themself with someone else)
4-do not interrupt, let him/her finish the story first
5- never condemn/critics
6-sometimes, people just need you to listen, they just want to voice out what they feel, so, don't give an advice/opinion unless they asked for it.
7- try to understand their feeling (after they finished telling you) if they sad, try to comfort them, tell them that you understand their feeling, if their happy, share that feeling with them. (ni utk special kes la ok..)

Rasanya tu jer dulu kot, lets start with the basic first.... tak rugi pun kalau kita cuba jadi pendengar yang baik kan??? so, what are we waiting for? lets try to be a good listener .....

ok, thats all for now, till we meet again here (tah bila la agaknya...hehehe...) korang jaga iman, jaga diri, jaga akidah, jaga family, jaga pets,jaga harta, jaga semua la.....hehehehe..bye.





Thursday, August 16, 2012

Salam Lebaran 1433H

Assalammualaikum korang....

Cuma nk ucapkan , Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri & Selamat Meraikan Hari Kemenangan, semoga suma ibadah2 yg kita laksanakan diterima Allah swt.

Semoga korang semua selamat sampai ke destinasi utk meraikan lebaran bersama insan2 kesayangan korang.  Uishhh, tak sabar rasanya nk blk kampung nih...Insya Allah saya akan pulang ke kampung petang ni dan akan berhari raya selama 9 hari yer...(memandai jer beraya lama2 kan?? walhal, sehari jer kot raya ni)
Pada korang suma, berhati2 la memandu yer, dan semoga kita semua berjaya mengekalkan setiap perbuatan dan amalan yang baik tu (maksudnya, suma amalan dan perbuatan yang baik tu bukan hanya dilakukan pada sepanjang Ramadhan jer...tp...moga berkekalan la hendaknya yer)...

ok korang, itu jer la buat masa ni, kalau rajin, pas cuti raya saya update yer...tu pun kalau la...hehehhe....

Bye2.

Friday, August 3, 2012

Quick update???

Assalammualaikum korang suma..apa khabar??? puasa tak ari ni??? kejap jer ari ni dh pun hari ke 15 kita berpuasa kan?kan? Sebulan lebih tak bukak blog, banyak sebenarnya yg nk di'share'kan dengan korang, tapi.....(huh....'tapi' mesti ada gak kan???) saya agak kurang berpeluang menjengah ke sini...hehehe....jadi...antaranya yang saya igt utk dikongsikan bersama korang suma adalah

- Kakak saya baru saya melahirkan anak kedua beliau, baby girl, Nik Izzah Kasrina, so,bertambah lagi ahli keluarga saya dengan kelahiran si kecik ni. Alhamdulillah.


ok...tu jer buat masa sekarang yer...nanti2 saya update lagi (moga2 dalam masa terdekat...hehehe)... sehingga berjumpa lagi, Selamat Berpuasa & Selamat Melipatgandakan Ibadah sepanjang Ramadhan ni yer....ok...bye.


Wednesday, June 13, 2012

Kembara Korea II

Assalammualaikum korang...apa khabar semua???sihat???alhamdulillah....hmmm....lamanya tak ber'dating' kt sini kan???bukan la sibuk sgt....cuma....kebelakangan ni,masa saya banyak dihabiskan dengan aktiviti2 yg lain...(konon la...walhal byk tengok tv....tgk wayang...baca novel...baca blog....dan tido seawal jam 10 malam)... ;)

so....janji wajib ditepati kan??? setelah puas memerah otak me'refresh' kembali ingatan dan memori sepanjang berada di Korea...inilah hasilnya...

Hari Pertama (7 April 2012-Sabtu)

keterangan gambar: saya membelakangkan Seoul Tower,cuaca sgt sejuk,mengigil nk mendaki bukit utk ke Teddy Bear Museum dan Seoul Tower tuh.

Sampai Incheon International Airport lebih kurang kul 6.15am (subuh tp dh cerah)...lepak2 kt terminal airport sementara menunggu ketibaan tour guide,adik Azri yg akan membawa para pengembara mengembara (ayat tah haper2). Pendek kan cerita, azri datang then breakfast dunkin donut dan mineral water,simpan bagasi (sebab tak leh nk check in lagi,awal sgt) then terus ke Seoul menaiki tren dan kemudiannya bas. Perasaan sungguh teruja namun masih terkawal.

Singkatan aktiviti day 1- Seoul Tower- Teddy Bear Museum- Itaewon (untuk makan di restoren India Muslim n solat kt masjid) 

Hari Kedua ( 8 April 2012)

Subuh-subuh dh bangun,siap2 suma then check out dan terus ke Gimpo Airport utk ke Jeju Island.  Flight kul 9.45am, sejam jer dh sampai Jeju International Airport.  Kemudian dh ada tour guide yg sedia menunggu, Uncle Khor (ke Khoo ek???alamak..lupa la...). Jeju dh berbunga2 yer....tak macam Seoul,bunga2 masih malu2 nk blooming, wahhhh...indahnya, dan aktiviti bergambar adalah wajib.

Singkatan aktiviti day 2- Bergambar sakan kt jalan yg ada cherry blossom-then p makan kt Restoren Indian Muslim-Osulloc Jeju Green Tea Garden- Glass Castle- Miniature Park- Waterfall Park - Cliff - Puncak Tertinggi kt Jeju (lupa lak nama)- balik guest house,mandi dan keluar semula utk ke taman sebab kitaorang sungguh bertuah,malam tersebut adalah malam kemuncak sambutan 'Cherry Blossom Festival', ada firewoks show, oh,....indahnya......dan bergambar sakan ngan cherry blossom.

Hari Ketiga (9 April 2012)


yer.....di belakang itu adalah pokok cherry blossom....sgt cantik....

bangun awal pagi, siap2, then jalan kaki ke taman semalam utk sambungan aktiviti bergambar bersama cherry blossom lg, (kali ni versi siang,smlm kan versi malam?)

Singkatan aktiviti day 3- bergambar kt taman-breakfast-check out-g tempat kawah gunung berapi (lupa la nama dia,tp...yg pasti cantik)-ladang limau (besar2 gabak buah limaunya)- Old Folk Korean Village (perkampungan tradisional Korea,sempat belajar maksud di sebalik susunan kayu pintu pagar tp...dh lupa)-Trick Art Museum- dataran Sunrise Peak (tak sempat nk mendaki atas faktor2 tertentu,tp sempat bergambar ngan pakwe handsome...hehehhehe)- lunch-Chosun Dinasty Village Studio (studio perfileman korea,ada byk poster filem2 box office korea kt sini,dari zaman dahulukala hingga ke filem terkini,sempat bergambar dengan Hanbook( korean tradisional costume) buat kali pertama (sebab pasni ada lagi sesi bergambar pakai Hanbook ni)- singgah kedai souvenier,beli souvenier tp beli coklat jer sebab mahal- Mysterious Road (dikatakan misteri sebab kenderaan stil leh gerak ke hadapan dan mendaki walaupun free gear (sumting to do dgn graviti rasanya,apapun,kuasa Allah kan??takder yg mustahil)- then terus shoot ke airtport sebab dh kena blk Seoul dh.....

Hari Keempat (10 April 2012)

kali ke-2 pakai Hanbook-bersama ahli rombongan dan adik Luqman,our tour guide for that day dan patung2 korea yg sungguh tak handsome.

Singkatan aktiviti day 4- Bangun tak awal sgt,tunggu Luqman (tour guide,kan dh tulis kt atas tu) datang,aktiviti agak lwat bermula sebab Luqman ada kelas pagi,so...kul 11 lebih baru mula jalan2-naik tren ke Nandaemon-shopping souvenier dan juga brooch-jalan2 kt area shopping complex- hari hujan tak leh nk jalan2 sgt-then Luqman terus bawak masuk satu mall nih, kt tingkat atas ada Korea Tourism Centre, leh pakai Hanbook dan bergambar seperti dlm gambar di atas yer....- pastu g makan- jalan2 lagi sambil shopping2 (saya hanya jalan2,yg shopping2 tu orang lain...hehehhehe)-makan malam- blk guest house-mandi-tido-zzzzzzzz......

Hari Kelima (11 April 2012)


posing merupakan aktiviti yg wajib....sentiasa bersedia utk pose yer....

Singkatan aktiviti day 5- breakfast-naik subway utk ke pekan Seoul...(wahhh...suka2 taip pekan,mcm pekan Taiping agaknya???) ok..tukar.....Bandar raya Seoul yg maju, pastu adik Azri (tour guide utk that day) bwk g Dataran Seoul (errr...nama sebenarnya dh lupa)- pastu jalan kaki merentasi byk bangunan menuju ke Museum Raja Terakhir Korea (adik Azri sempat memberi kelas pendek mari membaca bahasa Korea -tp saya mmg tak paham,sorry yer cikgu adik Azri....)pastu jalan kaki lagi dan amik gambar byk2 dekat monument berhadapan dengan kedutaan US.- Sesi bergambar diteruskan di dlm istana (sila rujuk gambar) bersama hulubalang2 yg keras mcm patung tp sebenarnya orang- kemudian amik subway lagi utk ke tempat membeli belah (tapi beli2...tak jugak belah2 sebab bukan shopping lg,tp dh kira mcm memborong dh,sampai ada yg kena beli beg tambahan-hebat tak???) hehehhe. - Lepas membeli....beli....beli...beli....dan kemudian belah, terus ke Banpo Bridge Rainbow Fountain (jambatan air pancut berwarna pelangi), naik kapal dan menikmati panorama yg cantik (air pancut jer pun yg cantik, yang lain biasa2 jer)-cuaca sgt sejuk sampai mengigil2 walaupun dh pakai longjohn,inner dan cardigan.- Mendarat dari cruise (dasat...dh naik cruise ok..) pulang ke guesthouse dlm keadaan menggigil kesejukan.

Hari Keenam (12 April 2012)

sibuk ahh makcik baju merah ni....

Singkatan aktiviti day 6- hari keenam tak byk tempat dan aktiviti - pagi2 lepas breakfast adik Luqman bwk kitaorang sumer (bajet comel arr spell sumer cam tu???) naik tren utk ke Nami Island. Ala...lokasi Winter Sonata tu.....(apa???korang tak tau apa itu winter sonata??? huh....tak korea la korang kalau tak tau apa itu winter sonata...)disebabkan Nami Island ni tak dekat sgt, so,aktiviti hari ni hanyala bersiar2 dan bergambar2 di sekitar Nami Island- lunch kt Nami-makan Mee Udon-sumpah tak sedap-(dasar tekak melayu, kimchi pun saya tak suka)-lewat petang blk semula ke Seoul-singgah Iddae (tempat shopping lagi) utk cuci mata - dinner kt restoren seafood- blk guesthoese-tido .

Hari ketujuh (12 April 2012)

ohhh.....hari ni merupakan hari yg paling sedikit bilangan gambar yg diambil lantaran memasing sibuk bershopping. 

Singkatan aktiviti day 7- hari terakhir utk bersuka-sukaan di sini, esok dh nk balik Mesia....masa yg  ada harus dimanfaatkan sebaik mungkin, adik Fatin (tour guide utk hari tersebut) telah bawak kami suma ke tempat soping yg best....(tp..ada gak yg kena ulang tempat yg dh pegi pada hari 4 sebab masih ada barang yg nk dibeli)...-serius best sebab harga kain cotton sgt murah.....(10,000 won=RM30 utk sepasang) ohhhh...terus rasa...kalau la aku byk duit.....harus la memborong kain aku ni......pastu g makan kt restoren seafood lagi....(takkan nk makan kt restoren yg menghidangkan daging tak suci dimakan oleh para muslim lak kan???).....serius sgt sedap makanan yg dihidangkan...apa lagi...mkn la byk2...nnt tak jumpa dh mt Mesia ni...(bisik hati kecik saya).

sebenarnya,niat di hati nk tulis ttg tempat2 menarik tu dgn lebih detail...tp..apakan daya....dh byk yg lupa,kang tersalah fakta lak....korang gak yg dapat info salah, (huh.....jgn sesekali salahkan diri sndri...hehehehe).....nk letak gambar byk2 pun...dh panjang sgt lak entry ni....hari kelapan (13 April 2012) kami pun balik semula ke Malaysia......bye2 Korea.....opsss...khas buat korang yg minat citer Winter Sonata dan buat kak long saya yg pernah minat si Jun Sang ni...terimalah 2 keping gambar saya bersama mereka....





ok korang...saya dh penat menaip nih.....hingga jumpa lagi di lain entry....bye...


Wednesday, May 2, 2012

Kembara Korea

Assalammualaikum korang semua... sila rujuk tajuk di atas....Yer...'Kembara Korea'. Inilah projek mega yang saya maksudkan dlm previous entry. Alhamdulillah,akhirnya impian utk berjalan2 ke Korea Selatan telah tercapai. (terpengaruh drama korea). Satu perkataan utk menggambarkan perasaan saya tentang korea 'sangat best' (eh..tu bukan dua ke???) satu ayat utk menggambarkan trip ke sana plak 'saya mesti pergi sana lagi'. ;) Saya ke sana bersama 6 rakan yang lain. (actually, saya cuma kenal 3 orang jer termasuk my housemate a.k.a my officemate, my other officemate wif his wife, yg lain adalah kenalan kepada my housemate,saya berkenalan dgn mereka masa kt airport. (kenapa saya nk explaint pasal ni kt korang ek?) saya ke sana pada 06 April 2012 (Jumaat) menaiki pesawat Airbus Air Asia (harus la AirAsia sebab low cost kan?). Bertolak dari LCCT Sepang, KL pukul 11 pm. Nasib baik flight tak delay. Sampai @ tiba kt Incheon International Airport pukul 6.15 am. Menggunakan khidmat tour guide (Adik Azri dari Muslim Tour In Korea)... so, bila guna tour guide ni, makan,minum,penginapan serta segala entrance fees tak payah nk fikir2 lg dh. Saya berada di sana selama 8 hari, dari 07 April- 14 April 2012 (tp..stil rasa sgt kejap yer....insya Allah kalau ada kesempatan, mmg nk pegi lagi. Byk tempat yg supermenarik yg kt sana. Bagi yg suka soping....sila la sediakan duit yg banyak coz barang2 kt sini semuanya best2. Kain cotton sepasang Rm30 jer ok...(sepasang tu bersamaan 4 meter yer bagi yg kurang pasti mcm saya nih...)kt sini saya beli RM75 tau??? leh dapat 2 pasang. HUH! (mula menabung utk borong kain cotton). Kalau nk tulis details tentang pengalaman sepanjang berada di sana...mmg sgt panjang ok....justeru, cukup la dulu yer....insya Allah, jika saya berjaya 'merajinkan' diri, saya akan paksa diri saya menulis secara ringkas tentang aktiviti2 sepanjang 8 hari di sana. Ok??? Sehingga jumpa lagi, bye! P/S : salah satu fungsi akal adalah sebagai 'penapis' kepada kata2 yg akan dituturkan oleh lidah...pastikan setiap kata2 yg dituturkan oleh lidah telah 'ditapis' oleh akal.

Tuesday, May 1, 2012

happy birthday to me :)

Assalammualaikum korang...mesti korang igt blog ni dh berkubur kan?kan? well...belum lagi ok...walaupun dh lebih sebulan tak berupdate....kalau hubungan kekasih ...mesti dh igt kekasih tu curang...mesti dh nangis2 ...or mungkin gak dh jumpa pengganti...eh? ok...tu intro yg sungguh merepek supaya korang tau yg...bahawasanya saya masih suka merepek kt ruangan ni...ok..back to tajuk entry...yer...today is my birhday...(yer korang leh wish happy birthday skang...kalau nk kasi hadiah...amatlah dialu2kan...haipp...jgn nk tuduh saya materialistik pulak yer..coz doa adalah sebaik2 hadiah...dan doa yg tulus ikhlas adalah semahal2 hadiah...walupun begitu,saya tetap gembira jika menerima hadiah2 lain (mmg dasar materialistik kan??) today...im officially turned to 28...yer..dh tua....eh..bukan tua....dh matang...coz tua hanya utk usia...tp..matang agak meluas maknanya yer kawan2. (hmmmm.....judging from all hasil penulisan yg merepek merapu ni....matangkah saya??? Larut Matang dan Selama adalah kot...hehehhe...(for those yg tak tau Larut Matang dan Selama...sila google...)namun...saya mempunyai pendapat sendiri mengenai isu sikap matang ni yer...akan saya jelaskan pada entry2 yg akan datang.... sebenarnya saya nk tulis berkenaan 'projek mega' spt yg saya penah citer dlm previous entry...tp...saya bg laluan pada entry birthday saya ni dulu yer (motip ni tulis entry birthday ni pun saya kurang pasti...mungkin nk bgtau korang supaya korang leh sediakan hadiah utk saya...hehehhe...(matangnya ko kan cella??) ok..tu jer dulu yer...entry ni sekadar pengubat rindu saya nk merepek kt sini...nnt...saya akan kembali merepek dgn topik 'projek mega' itu yer....sehingga kita berjumpa lagi....bye kawan2.....opsss...sebelum itu, terima kasih byk2 kepada kawan2 yg telah meng'wish'dan mendoakan yg terbaik utk saya sempena birthday saya....ok..bye... p/s:tatkala ditanya apakah perkara/benda yg plg didambakan dlm hidup seorang manusia,selalunya kita menjawab 'bahagia' or harta benda (ni pun selalu gak walupun selalunya jawapan ni tersembunyi dlm hati jer sebab takut dikatakan materialistik) namun tak perlu utk kita mencari bahagia kerana...'bahagia' akan menjadi milik kita andainya hidup diredhai dan diberkati Allah....begitu juga harta dan wang ringgit...yg sedikit itu menjadi 'cukup' andainya ia diberkati...maka...berusahalah kita mendapatkan redha Dia, moga kehidupan dan harta kita diberkati olehNya... :)

Thursday, March 22, 2012

Terima kasih sayang-sayang saya semua

Assalammualaikum korang....hai...lama tak update kan??? jujurnya...dh byk sgt cubaan telah dibuat utk memaksa diri meng'up date' blog ni...tp...cubaan tu gagal menemui kejayaan...namun, kerana percaya dan yakin, kejayaan pasti ada utk orang yg tak berputus asa dan rajin berusaha, akhirnya berjaya juga menyiapkan entry ni...yeay....tepukan utk diri sendiri...tahniah and well done cella.

ok...stop merepek kejap...(kejap jer...) baru-baru ni (sebenarnya dh agak lama gak...cuma boleh dikatakan baru kalau korang compare ngan tarikh previous entry) saya telah mengalami satu pengalaman yg agak mencabar...sedih pun ada gak...hasil penat lelah menabung lesap sekelip mata...namun, mungkin ni ujian dari Allah, mungkin juga 'peringatan' buat saya yg kadang kala 'leka' dan 'lalai' terhadap tanggungjawab saya sebagai hambaNya,wallahuallam. Justeru, saya redha dengan apa yg berlaku...malah...bila difikirkan semula, saya bersyukur dengan ujian ini, kerana bila terjadinya perkara-perkara begini, ianya bagaikan 'reminder'kepada saya agar sentiasa menjadi hamba yg bersyukur. Dan...bila saya redha....yg semua berlaku ada hikmahnya, dan mungkin itu bukan rezeki saya, walaupun pada mata kasar kita sebagai manusia biasa itu mmg milik saya,namun, kita kan cuma hamba yg 'meminjam' dari Sang Khaliq, bila-bila masa sahaja Dia boleh 'mengambil'nya semula...saya rasa tenang...

Dah bukan rezeki saya...dan bukan itu sahaja....saya amat terharu dengan sokongan dan pertolongan dari mereka2 yg menjadi kesayangan saya. Family saya dan kawan2 saya. Mereka memberikan sokongan moral dan sentiasa bersama saya utk mengharungi ujian kecik ni. (saya katakan ujian kecik bukan bermaksud angkuh atau berlagak yer,sila jgn salah faham,tp, saya memaksudkan ujian yg saya terima ni terlalu kecil jika dibandingkan dengan ujian yg lebih besar,lebih berat yg orang lain lalui).

Sungguh saya tak terasa keseorangan (tetiba teringat 9gag-forever alone bila taip perkataan keseorangan..ahahhaha)...walaupun jumlah yg 'pergi' tu bukan sedikit, namun, 'hasil tersembunyi' yg saya dapat dari kehilangan itu amat besar... membuatkan saya bertambah-tambah-tambah sedaya upaya menghargai mereka yg sentiasa di sisi saya di kala saat2 sukar begini...

Sebenarnya hasil tabungan yg telah 'pergi tak kembali' tu adalah modal utk 'projek mega' saya utk tahun ini. Apakah 'projek mega' tersebut??? sabar yer...tu saya citer di lain entry plak. (Sila jgn tamak, satu enrty nk mcm2 citer...lets stick to one story for one entry...) ok yer...rasanya cukup dulu buat masa ini, nnt, ada masa, insya Allah, saya kembali dgn entry baru...ok??? (tp..tak janji bila yer....) sehingga itu...korang take care yer...bukan saya take care diri sndri...tp...juga mereka2 yg menjadi kesayangan korang...sehingga jumpa lagi...bye adik2...(sambil lambai2 tangan mcm pengacara rancangan kelab disney malaysia...ahahhahaha)

p/s: pesanan utk diri sendiri dan korang skali...'di saat amarah menyelimuti hati,akal sihat akan mati dan tindakan menjadi tidak terkendali'...

Tuesday, February 14, 2012

Ya Rasulullah...

Assalammualaikum wbt...ni kira sambungan dari previous entry...

Kita punya cara untuk mengenang orang paling mulia di dunia, Nabi Muhammad saw.Catatan ringkas ini semoga menjadi renungan buat kita.

Berteladan kepada Nabi shalallaahu 'alaihi wa sallam agar kita menjadi ummat yang dirindunya. Bagaimana beliau?

1.) Kalau ada pakaian yang koyak, Nabi saw menambalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.

2.) Setiap kali pulang ke rumah, bila belum tersaji makanan karena masih dimasak, sambil tersenyum beliau menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Aisyah menceritakan bahwa kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3.) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudahnya.

4.) Pernah beliau pulang menjelang pagi hari. Tentulah beliau teramat lapar waktu itu. Namun dilihatnya tiada apa pun yang tersedia untuk sarapan. Bahkan bahan mentah pun tidak ada karena ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, “Belum ada sarapan ya Khumaira?’ Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’ Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah beliau.

5.) Sebaliknya Nabi saw sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’ Lantas lelaki itu menjawab dengan gementar, “Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap membangkang juga, jadi aku pukul dia.” Jelas lelaki itu.

“Aku tidak bertanya alasanmu,” sahut Nabi saw.

“Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu dari anak-anakmu?”

6.) Kemudian Nabi saw bersabda,”Sebaik-baik suami adalah yang paling baik, kasih dan lemah-lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan tawadlu’nya beliau dalam posisinya sebagai kepala keluarga langsung tidak sedikitpun merubah kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7.) Pada suatu ketika Nabi saw menjadi imam shalat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan Nabi antara satu rukun ke rukun yang lain agak melambat dan terlihat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi gemeretak seakan sendi-sendi di tubuh Nabi mulia itu bergeser antara satu dengan yang lain. Lalu Umar ra tidak tahan melihat keadaan Nabi yang seperti itu langsung bertanya setelah shalat.

‘Ya Rasulullah, kami melihat sepertinya engkau menanggung penderitaan yang amat berat. Sakitkah engkau ya Rasulullah?”

“Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat wal ‘afiat.”

“Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali engkau menggerakkan tubuh, kami mendengar suara gemeretak pada sendi-sendi tulangmu? Kami yakin engkau sedang sakit…” desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Ternyata perut beliau yang kempis, kelihatan dililit sehelai kain yang berisi batu kerikil, untuk menahan rasa lapar beliau. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi gemeretak setiap kali bergeraknya tubuh beliau.

“Ya Rasulullah! Apakah saat engkau menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kemudian kami tidak akan mengusahakannya buat engkau?’

Lalu Nabi saw menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?’ ‘Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”

8.) Nabi saw pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9.) Beliaupun hanya diam dan bersabar ketika kain sorbannya ditarik dengan kasar oleh seorang Arab Badawi hingga berbekas merah di lehernya. Begitupun dengan penuh rasa kehambaan beliau membersihkan tempat yang dikencingi seorang arab Badawi di dalam masjid sebelum beliau tegur dengan lembut perbuatan itu.

10.) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa penghambaan yang sudah menghunjam dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ingin diistimewakan (dipertuan).

11.) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan keramaian (publik) maupun saat seorang diri.

12.) Pintu Syurga terbuka seluas-luasnya untuk Nabi, namun beliau masih tetap berdiri di sepinya malam, terus-menerus beribadah hingga pernah beliau terjatuh lantaran kakinya bengkak-bengkak.

13.) Fisiknya sudah tidak mampu menanggung kemauan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’ Jawab baginda dengan lembut, ‘Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.’

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS Al-Ahzab:21)

Katakanlah (Muhammad): “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Muhammad), niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS Ali Imran :31)
آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ

Ya Rasullullah...

Assalammualaikum wbt korang semua...

untuk makluman, entry kali ini saya kongsikan dengan korang (bukan hasil tulisan saya ..saya copy paste jer) sebab saya rasa saya perlu kongsikan kt blog ini....sekurang2nya saya boleh ulang baca...moga kita semua tergolong dlm golongan yg dirindukan Rasulullah.

Dalam sebuah riwayat Rasulullaah shalallaahu 'alaihi wa sallam mengungkapka kepada para sahabatnya ketika sedang duduk:
"Aku rindu... Aku rindu..."

Dan sahabatpun bertanya, "Kepada siapa engkau rindu ya Rasulullah?,"

"Aku rindu kepada saudara-saudaraku.."

"Bukankah kami ini saudara-saudaramu? Ya Rasulallah?"

" Kalian sahabat-sahabatku dan Aku mencintai kalian, namun Aku Rindu kepada saudara-saudaraku"

.... Sahabat makin penasaran dan bertanya lagi, "Siapa mereka ya Rasulallah yang Engkau panggil mereka dengan sebutan Saudaramu dan Engkau Rindukan itu?"

Rasulallah menjawab.. "Mereka adalah ummatku kelak yang belum pernah melihat wajahku, belum pernah bertemu denganku, belum pernah berbincang-bincang denganku tapi mereka merindukanku, mereka melanjutkan perjuanganku dan tak jarang mereka meneteskan airmata karena menahan rindu padaku, Aku rindu pada mereka dan Aku ingin bertemu dengan mereka.."

Salaam bagimu Wahai Rasulallah
Salaam bagimu Wahai Kekasih Allah,
Salaam bagimu wahai kekasih kami..
Turut bergembira atas kelahiran Manusia Suci yang Karenanya diciptakanya Alam semesta beserta isinya.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيّدنامُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سيّدنا مُحَمَّدٍ

Allahumma sholli alaa syaidina Muhammad wa alaa aliy wassahbihhi wabaarrik wasallim'.

ini jer???

Assalammualaikum korang...

Yer saya tau....udah lebih sebulan blog ini idok berupdate...sebab???entah ler....(malas nk bagi alasan...) tarikh ari ni 15 Februari...bermaksud semalam 14 Februari...Valentine's Day...korang sambut ker??? harap2 tak yer....takut kang kita tanpa niat dan tanda sedar telah menggadaikan akidah plak kan??? lagipun sia2 la nk sambut hari kasih sayang tu ...sekali setahun jer dapat adiah kan?? tu pun bunga ros layu sekumtum....kot baik skit dapat ler 3 kumtum plus teddy bear kecik....ari2 lain dapat maki hamun...or kata2 romantis hanya pada 14 Februari....hari2 lain hanya kata2 kesat???justeru yer adik2...jgn la kita membuang masa menyambut hari valentine yg tidak ada dlm kalender Hijrah...takut kang iman yg 'setebal' kulit bawang tu makin menipis yer...(pesanan utk diri sendiri juga sebenarnya)

ok..tu jer entry pendek nasihat khidmat masyarakat dari saya...sampai jumpa lagi dlm entry yg lain...(entah bila pulak kan???) korang jaga diri...dan sama2 la kita hayati dan fahami kata2 dibawah...moga bermanfaat dunia dan akhirat..babai...

'Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah,
menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok
kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda
kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari
segala ketenangan jiwa.'

Sunday, January 29, 2012

1st Entry yang terlewat...

Assalammualaikum wbt...

Genap sebulan entry ni dari previous entry kan??? walaupun kalau ikut tahun...boleh kira mcm setahun...sebab dari 30 Disember 2011 hingga 30 Januari 2012...

so far dh sebulan kita berada di tahun 2012..ada diantara korang yg dh berjaya tunaikan azam 2012??? ke ada yg azam tahun lepas pun masih tak tercapai??? takper korang..usaha tangga kejayaan..yg penting...jgn pernah putus asa...kerana...Allah sentiasa memberi peluang kepada kita selagi kita bernyawa..ye tak?? (wah...ayat..agak2 qualified tak nk masuk rancangan Solehah utk musim kedua nih??hehehe)... sebenarnya ada satu isu yg saya nk suarakan pendapat ..tp..masa mcm tak sesuai lak...so..kita postponed dulu yer?? insya Allah..andai saya berkesempatan..pasti saya kongsikan yer....

ok korang...sempenan tahun 2012 ni..saya akan cuba berkongsi kata2 nasihat,motivasi, puisi pendek,(dan apa juga yg saya rasa menarik utk dikongsi...) jd..trima la 1st quote yg saya rasa sgt menarik dan berbaloi utk kita fikir2kan...

"don't feel bad if people remember you only when they need you...feel privilleged that you are like a candle that comes to their mind when there is darkness"

so...till da new entry..korang take care...babai...