Wednesday, November 28, 2012

C dan D

Assalammualaikum korang....

c dan d dh kenal sejak dari darjah 1. ketika sama2 comot dan tak tau membaca. Belajar kenal ABC sama2. (opss, c dh boleh membaca sejak Tadika sebenarnya). Mereka berada dlm kelas yang sama sehingga darjah 6. Kemudian, bila sekolah menangah, mereka hanya sempat bersama selama 2 tahun,iaitu sehingga Tingkatan 2 sahaja,kerana c tukar sekolah ketika tingkatan 3.  Ketika di sekolah rendah, c dan d sama mcm kanak2 normal yang lain, mereka belajar dan bermain bersama2 (kebanyakkannya adalah main dari belajar..hehehe) kena denda dgn cikgu pun sama2. Memasuki sekolah menengah,iaitu tingkatan 1, c dan d tak lagi bermain bersama (dh 13 tahun,takkan nk main kejar2 kt padang lagi kot?), c dengan hal sendiri, d pun dgn geng dia sendiri, mereka tidak lagi bergurau senda seperti dahulu walaupun mereka masih lagi berada di dlm kelas yg sama, hanya sesekali berbalas senyuman. Selepas hampir 8 tahun berada dlm kelas yg sama, akhirnya c dan d terpisah, c meneruskan persekolahan di sekolah yg lebih hampir dengan rumahnya, d pun tukar sekolah gak, tp, sekolah yang lain la dari sekolah c.  Sehingga selepas SPM, mereka tidak lagi bertemu sehinggalah masing2 berjaya melanjutkan pengajian dan ditakdirkan mereka bertemu di tahun kedua pengajian mereka. walaupun berlainan universiti dan jarak yg jauh, namun, setiap kali cuti semester, d akan tunggu c di hentian Puduraya (skang dh tukar nama Pudu Sentral) dan mereka akan pulang ke kampung bersama2. Sesekali mereka berdua tgk wayang kt Midvalley dan jalan2 takder tujuan kt Low Yatt. 

2 tahun kemudian, c pulang utk bekerja di kampung mereka iaitu pekan T manakala d meneruskan pengajian dan bekerja secara part time di bandar SA. Mereka berdua tidak lagi bertemu walaupun d kerap juga pulang ke kampung (pekan T). Tidak juga mereka berhubung melalui telefon mahupun sms dan email.
Setahun kemudian, c mendapat pekerjaan yg lebih baik di bandar KL. d juga telah berkerja di bandar yg sama. Namun mereka tidak pernah bertemu. Hanya berkirim salam melalui teman2 yg lain. 3 tahun kemudian, d pulang ke pekan T dan bekerja di sana, c meneruskan pekerjaan di bandar KL.

Namun, semlm, setelah 7 tahun tak jumpa, langsung takder komunikasi antara satu sama lain, tetiba c telah bermimpi, dia telah kawin dengan d. Yer...c tu adalah saya....d tu adalah kawan saya yg dh 7 tahun tak jumpa. hahahhaha.....mimpi oh mimpi....

Thursday, November 22, 2012

Apa Sumbangan Kita???

Assalammualaikum ...

Saya baru jer lepas baca status seorang 'sahabat' di fb, (kena letak ' ' sebab saya bukan rapat pun, kenal masa sekolah menengah dulu,kalau jumpa face to face pun belum tentu saya tegur (bukan sebab sombong,tp,mmg saya tak pernah berborak pun ngan dia masa sekolah dulu,inikan plak skang?kan?kan)

Lepas baca status tu, saya rasa kesal dan sedih skit. 'Sahabat fb' saya tu mempersoalkan perlu ke kita menderma kepada rakyat Palestine yg sedang diserang oleh Yahudi Israel??? alasan dia, sumbangan derma belum tentu sampai kepada mereka,lepas saya baca status tu,saya terus berfikir, ada juga manusia yg waras akal fikirannya,sempurna tubuh badannya, boleh mempunyai pendapat yg begitu menyedihkan.  Sedih dan simpati saya pada golongan manusia yg pendek akal dan miskin kasih sayang sesama manusia ni. 

Agaknya dia lupa atau tak pernah tahu  DI DALAM TAFSIR IBNU KATHIR, ada diceritakan mengenai seekor burung kecil yang cuba memadam api, yang membakar Nabi Ibrahim a.s... Sesungguhnya tatkala Nabi Ibrahim a.s. dicampakkan ke dalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi, cuba memadamkan api tersebut, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim…

SEEKOR burung kecil terbang, mengisi air dalam paruhnya, lalu menyiram ke atas api yang membakar... Perbuatan itu diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu mereka menegur burung itu.... Bagi mereka perbuatan burung itu yang mengambil air dengan paruh yang kecil, lalu menyiram ke atas unggun api yang besar itu, hanyalah perbuatan sia-sia, kerana api yang membakar Nabi Ibrahim terlalu besar dan marak menyala, pasti sahaja takkan terpadam dengan air yang disiramkan itu... 

TETAPI burung itu menjawab dengan penuh keyakinan ‘‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi AKU LEBIH TAKUT KEPADA ALLAH, KERANA ALLAH AKAN MENYOAL AKU NANTI , apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak”......

Jadi, bukanlah, umpamanya, persoalan BERJAYA ATAU GAGAL mengalahkan Yahudi Zionis yang harus kita bicarakan, tapi tentang usaha dan ikhtiar yang harus kita lakukan... Usaha dan ikhtiar untuk merawat luka saudara seagama yang sedang ditindas di sana....

Apa la sgt kalau setakat RM10 (kalau lebih lagi la  baik) yg kita dermakan kepada saudara kita di sana??? tidak tersentuh kah hati 'mereka' ini (golongan yg berpendapat seperti 'sahabat fb' saya) melihat gambar2 anak2 kecil di Palestin yg cedera dan menjadi yatim piatu lantaran ibu bapa dah meninggal??? soal sumbangan tersebut berjaya sampai atau tak...kita tawakal kepada Allah, berdoa moga2 Allah mudahkan urusan penghantaran sumbangan.  

 Begitu juga soal boikot, sana sini di FB sekarang orang ramai sibuk membicarakan.  Namun, ada juga yg berpendapat, setakat nk boikot mc'd, sedangkan byk lagi produk yahudi kita guna.  Berbalik kepada kisah burung kecil tadi, kalau tak semua produk yahudi kita boikot, sekurang2nya kita ada usaha,dan setiap usaha, In Sya Allah, akan ada kesan dan impaknya.  Berusaha la untuk tidak menyumbang kepada ekonomi Israel.  Takkan la tu pun susah sgt nk faham kan???

Dan semestinya, sumbangan paling besar kita sebagai saudara seagama mereka adalah DOA.  Jangan pernah berhenti berdoa moga2 segala keperitan yg mereka alami sekarang ini akan tamat.  Dan saya baru jer lepas baca artikel tentang seorang sukarelawan yg berjaya ke sana, dia kata, dia pernah bertanyakan soalan kepada seorang remaja Palestin, apakah sumbangan yg dia inginkan dari Malaysia?? tau apa jawapan remaja Palestin tersebut??? cukuplah sekadar doa, remaja Palestin itu juga menambah, dia tidak perlukan simpati kita, apa yg dia perlukan hanyalah doa, teruslah berdoa utk kami,agar kami diberi kekuatan utk terus mempertahankan bumi Palestin dan agama Islam. katanya lagi, dia sesungguhnya berasa bertuah dan beryukur kerana Allah memilih Palestin utk diberi ujian ini, bukti Allah sayangkan rakyat Palestin, Allah beri peluang mereka berjihad dan walaupun sedih kerana kehilangan ahli keluarga,namun kesedihan itu tidak lama,kerana mereka yg pergi itu adalalah para syahid dan dia sedikit pun tidak gentar utk berjuang kerana jika dia meninggal, ganjarannya syurga Allah.

Jadi, sebagai seorang muslim, marilah kita memberi apa yg termampu kepada mereka.  Janganlah terus 'membutakan mata hati' dengan tidak mengambil peduli akan nasib mereka.  Jangan nnt takkala Allah bertanyakan kepada kita, apa sumbangan kita, apa usaha kita dalam membantu mereka, kita tiada jawapan.

 

Monday, November 5, 2012

Team Building

Assalammualaikum korang

2-4 hb ritu, saya telah diarahkan utk menyertai satu team building kt Janda Baik.  Lalu, rela dalam keterpaksaan, saya pasrah. Betapa berat rasanya hati utk pergi.Lemah rasanya kaki utk melangkah. TETAPI....setelah sampai,dan setelah menghabiskan silibus kursus, baru la rasa...best gak kursus ni. (Situasi mmg tak jauh beza masa team building yg dekat Broga dulu,memula tak nak pegi,pastu ko enjoy segala aktiviti kt sana kan???)

Banyak ilmu yang saya pelajari masa kt sana.  Sungguh menginsafkan. Almaklumla, pengisian kursus mmg menfokuskan ke arah kerohanian.  Fasilatator sumanya di kalangan para2 ustaz.  Maunya tak insaf dh kalau dia letak jenazah kt depan tu (patung la tp dia dh siap kafankan lagi mayat tu tau) siap tabur kabur barus lagi, siap pasangkan bacaan Yasin lagi, pastu,suruh bayangkan yang jenazah itu adalah kita, mau tak insaf kot???

Alhamdulillah, sepanjang 3 hari 2 malam kt Janda Baik tu,banyak sgt ilmu yg dapat saya pelajari,moga2 Allah terima setiap perbuatan saya di sana sebagai ibadah.

Ok,sampai jumpa di lain entry...bye2.

p/s: dh lama tak tulis kata2 hikmah kan???so....ini kata2 hikmah utk kita fikirkan dan amalkan bersama yer..

'akal utk berfikr,hati utk berzikir'