Assalammualaikum ...
Saya baru jer lepas baca status seorang 'sahabat' di fb, (kena letak ' ' sebab saya bukan rapat pun, kenal masa sekolah menengah dulu,kalau jumpa face to face pun belum tentu saya tegur (bukan sebab sombong,tp,mmg saya tak pernah berborak pun ngan dia masa sekolah dulu,inikan plak skang?kan?kan)
Lepas baca status tu, saya rasa kesal dan sedih skit. 'Sahabat fb' saya tu mempersoalkan perlu ke kita menderma kepada rakyat Palestine yg sedang diserang oleh Yahudi Israel??? alasan dia, sumbangan derma belum tentu sampai kepada mereka,lepas saya baca status tu,saya terus berfikir, ada juga manusia yg waras akal fikirannya,sempurna tubuh badannya, boleh mempunyai pendapat yg begitu menyedihkan. Sedih dan simpati saya pada golongan manusia yg pendek akal dan miskin kasih sayang sesama manusia ni.
Agaknya dia lupa atau tak pernah tahu DI
DALAM TAFSIR IBNU KATHIR, ada diceritakan mengenai seekor burung kecil
yang cuba memadam api, yang membakar Nabi Ibrahim a.s... Sesungguhnya
tatkala Nabi Ibrahim a.s. dicampakkan ke dalam api, semua binatang yang
melata dimuka bumi, cuba memadamkan api tersebut, kecuali cicak, kerana
sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim…
SEEKOR burung kecil terbang, mengisi air dalam paruhnya, lalu menyiram ke atas api yang membakar... Perbuatan itu diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu mereka menegur burung itu.... Bagi mereka perbuatan burung itu yang mengambil air dengan paruh yang kecil, lalu menyiram ke atas unggun api yang besar itu, hanyalah perbuatan sia-sia, kerana api yang membakar Nabi Ibrahim terlalu besar dan marak menyala, pasti sahaja takkan terpadam dengan air yang disiramkan itu...
TETAPI burung itu menjawab dengan penuh keyakinan ‘‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi AKU LEBIH TAKUT KEPADA ALLAH, KERANA ALLAH AKAN MENYOAL AKU NANTI , apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak”......
Jadi, bukanlah, umpamanya, persoalan BERJAYA ATAU GAGAL mengalahkan Yahudi Zionis yang harus kita bicarakan, tapi tentang usaha dan ikhtiar yang harus kita lakukan... Usaha dan ikhtiar untuk merawat luka saudara seagama yang sedang ditindas di sana....

Apa la sgt kalau setakat RM10 (kalau lebih lagi la baik) yg kita dermakan kepada saudara kita di sana??? tidak tersentuh kah hati 'mereka' ini (golongan yg berpendapat seperti 'sahabat fb' saya) melihat gambar2 anak2 kecil di Palestin yg cedera dan menjadi yatim piatu lantaran ibu bapa dah meninggal??? soal sumbangan tersebut berjaya sampai atau tak...kita tawakal kepada Allah, berdoa moga2 Allah mudahkan urusan penghantaran sumbangan.
Begitu juga soal boikot, sana sini di FB sekarang orang ramai sibuk membicarakan. Namun, ada juga yg berpendapat, setakat nk boikot mc'd, sedangkan byk lagi produk yahudi kita guna. Berbalik kepada kisah burung kecil tadi, kalau tak semua produk yahudi kita boikot, sekurang2nya kita ada usaha,dan setiap usaha, In Sya Allah, akan ada kesan dan impaknya. Berusaha la untuk tidak menyumbang kepada ekonomi Israel. Takkan la tu pun susah sgt nk faham kan???
Dan semestinya, sumbangan paling besar kita sebagai saudara seagama mereka adalah DOA. Jangan pernah berhenti berdoa moga2 segala keperitan yg mereka alami sekarang ini akan tamat. Dan saya baru jer lepas baca artikel tentang seorang sukarelawan yg berjaya ke sana, dia kata, dia pernah bertanyakan soalan kepada seorang remaja Palestin, apakah sumbangan yg dia inginkan dari Malaysia?? tau apa jawapan remaja Palestin tersebut??? cukuplah sekadar doa, remaja Palestin itu juga menambah, dia tidak perlukan simpati kita, apa yg dia perlukan hanyalah doa, teruslah berdoa utk kami,agar kami diberi kekuatan utk terus mempertahankan bumi Palestin dan agama Islam. katanya lagi, dia sesungguhnya berasa bertuah dan beryukur kerana Allah memilih Palestin utk diberi ujian ini, bukti Allah sayangkan rakyat Palestin, Allah beri peluang mereka berjihad dan walaupun sedih kerana kehilangan ahli keluarga,namun kesedihan itu tidak lama,kerana mereka yg pergi itu adalalah para syahid dan dia sedikit pun tidak gentar utk berjuang kerana jika dia meninggal, ganjarannya syurga Allah.
Jadi, sebagai seorang muslim, marilah kita memberi apa yg termampu kepada mereka. Janganlah terus 'membutakan mata hati' dengan tidak mengambil peduli akan nasib mereka. Jangan nnt takkala Allah bertanyakan kepada kita, apa sumbangan kita, apa usaha kita dalam membantu mereka, kita tiada jawapan.

No comments:
Post a Comment