Wednesday, November 28, 2012

C dan D

Assalammualaikum korang....

c dan d dh kenal sejak dari darjah 1. ketika sama2 comot dan tak tau membaca. Belajar kenal ABC sama2. (opss, c dh boleh membaca sejak Tadika sebenarnya). Mereka berada dlm kelas yang sama sehingga darjah 6. Kemudian, bila sekolah menangah, mereka hanya sempat bersama selama 2 tahun,iaitu sehingga Tingkatan 2 sahaja,kerana c tukar sekolah ketika tingkatan 3.  Ketika di sekolah rendah, c dan d sama mcm kanak2 normal yang lain, mereka belajar dan bermain bersama2 (kebanyakkannya adalah main dari belajar..hehehe) kena denda dgn cikgu pun sama2. Memasuki sekolah menengah,iaitu tingkatan 1, c dan d tak lagi bermain bersama (dh 13 tahun,takkan nk main kejar2 kt padang lagi kot?), c dengan hal sendiri, d pun dgn geng dia sendiri, mereka tidak lagi bergurau senda seperti dahulu walaupun mereka masih lagi berada di dlm kelas yg sama, hanya sesekali berbalas senyuman. Selepas hampir 8 tahun berada dlm kelas yg sama, akhirnya c dan d terpisah, c meneruskan persekolahan di sekolah yg lebih hampir dengan rumahnya, d pun tukar sekolah gak, tp, sekolah yang lain la dari sekolah c.  Sehingga selepas SPM, mereka tidak lagi bertemu sehinggalah masing2 berjaya melanjutkan pengajian dan ditakdirkan mereka bertemu di tahun kedua pengajian mereka. walaupun berlainan universiti dan jarak yg jauh, namun, setiap kali cuti semester, d akan tunggu c di hentian Puduraya (skang dh tukar nama Pudu Sentral) dan mereka akan pulang ke kampung bersama2. Sesekali mereka berdua tgk wayang kt Midvalley dan jalan2 takder tujuan kt Low Yatt. 

2 tahun kemudian, c pulang utk bekerja di kampung mereka iaitu pekan T manakala d meneruskan pengajian dan bekerja secara part time di bandar SA. Mereka berdua tidak lagi bertemu walaupun d kerap juga pulang ke kampung (pekan T). Tidak juga mereka berhubung melalui telefon mahupun sms dan email.
Setahun kemudian, c mendapat pekerjaan yg lebih baik di bandar KL. d juga telah berkerja di bandar yg sama. Namun mereka tidak pernah bertemu. Hanya berkirim salam melalui teman2 yg lain. 3 tahun kemudian, d pulang ke pekan T dan bekerja di sana, c meneruskan pekerjaan di bandar KL.

Namun, semlm, setelah 7 tahun tak jumpa, langsung takder komunikasi antara satu sama lain, tetiba c telah bermimpi, dia telah kawin dengan d. Yer...c tu adalah saya....d tu adalah kawan saya yg dh 7 tahun tak jumpa. hahahhaha.....mimpi oh mimpi....

No comments:

Post a Comment