Assalammualaikum korang...
Alhamdulillah...trip ke Jepun berjaya. Tak sesat walaupun berpinar tgk peta dan train route kt Jepun. Saya ke Jepun pada 05/11/13(Selasa), jam 11 malam, sampai KLIA pukul 8.45pm camtu...huh,2 jam gak tunggu sebelum boleh check in. Dari rumah naik LRT,turun di stesen Tasik Selatan,then amik ERL turun plak kt Salak Tinggi, then adik kepada kawan saya amik kitaorang dan hantar terus ke KLIA. Melepak la di KFC KLIA smpai gate buka,then check in dan syukur, flight tak delay,pukul 11pm berlepas la ke Jepun dengan perasaan yg berdebar2 sebab maklumla,takder tour guide,so, kebarangkalian tersesat amatlah tinggi...hehehe. Sepanjang dlm flight, aktiviti hanyalah makan (makan percuma sebab naik MAS,so, marilah makan nasi lemak pada pukul 4pagi sbb nnt seminggu tak jumpa nasi lemak, tgk movie tu pun separuh jer then tido.....)
Sampai Jepun (Kansai Airport,Osaka) pukul 5 pagi camtu kot, tapi dh cerah mcm kan pukul 8 pagi, lepas dh claim luggage,terus ke JTB Office, nk redeem JR Pass. (ini sgt berguna utk para tourist,jimat duit dan masa) then terus ke stesen Shinkansen (bullet train) utk ke Tokyo. Takyah beli tiket sebab dh ada JR Pass td,so, pegi jer kaunter,tunjuk JR Pass tadi,booked seat then terus tunggu Shinkansen datang, teruja sebab nak naik kereta api plg laju tu,hik hik. Perjalanan selama 3 jam naik bullet train (Osaka - Tokyo), kalau naik bas dlm 8 hingga 9 jam rasanya) mmg jimat masa. Errr, kalau tak silap,tiket shinkansen sehala dari Osaka ke Tokyo hampir RM400 rasanya,tp, dengan JR Pass,tak yah bayar apa2 la...covered.
So far, Jepun amatlah berbaloi utk dilawati. Best. Bersih, mudah, dan orang2 sana amatlah friendly and willing to help even though they cant speak English, dh mcm ayam itik kt sana,tp, alhamdulillah, segalanya berjalan spt yg dirancang. 8 hari kt sana, rasa mcm kejap sgt. Cuaca sejuk sebab dh autumn kan,walaupun daun2 kaler merah tu tak byk,ada certain places jer yg dh tukar kaler. Errr....tempat2 menarik yg berjaya dilawati tu nnt2 dlm next entry la saya story ek,hehehe, ni kira cam preview dulu la....hehehe....
OK, till then korang, bye2.
Thursday, November 21, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)
