Wednesday, June 12, 2013

Jatuh cinta lagi....

Assalammualaikum korang...

Genap sebulan blog ni tak ber'update'.  Yeay....tahniah... big applause.  Ok, tahu, tak kelakar.

Alhamdulillah, proses pembukaan kedai berjalan lancar, seperti yg dirancang.  (Kedai belum bukak lagi la, Insya Allah selewat2nya awal Julai kedai akan mula beroperasi, korang doakan yer).

Sekarang ni kan tengah fenomena drama Melayu yang diadaptasi dari novel kan??? Ada banyak drama Melayu yang sedang ditayangkan di tv based on novel ni kan??? saya pun tak ketinggalan tau join skali fenomema ni. (wahhh, tak mau ketinggalan gak tu).

Ada tiga drama yang setakat ni saya ikut.  First, drama 'Kisah Cinta' ari selasa kt TV3.  Fazura dan Shaheizy Sam, best drama ni, Sam sangat selamba dan kelakar dan Fazura sangat cantik.  Dari dulu saya amat suka tgk stail Fazura ni,cantik dan anggun.  Stail dia simple but elegant.  Tak over cam sesetangah artis.  Tak terlampau seksi.  Ok,cukup pujian tersebut.  So far, drama ni menghiburkan.

Second drama is 'Sebenarnya Saya Isteri Dia' ari Jumaat juga kt TV3.  Izzue Islam dan Tiz Zaqyah.  Ni pun best sebab kelakar.  Dh la Tiz dlm ni comel jer pakai tudung, bawak watak cam sengal2 skit, pastu Izzue Islam ni walaupun rasanya masih baru gak berlakon tapi dia pandai la berlakon, nmpk real jer.Setakat ni, drama ni pun best sebab kelakar.

Dan, yang paling best adalah, drama 'Teduhan Kasih' kt TV3 gak setiap ari Isnin-Khamis.  Drama ni biasa2 jer, maksud saya best tapi tak der la best melampau, tapi, yang membuatkan drama ni jad sgt best adalah kerana hero dia adalah Ady Putra.  Dh la saya mmg minat kt si Ady Putra ni, watak dia dlm drama ni plak, buat orang yang tak penah suka dia pun leh jatuh cinta tau. (Begitu ayat saya punya nk menerangkan betapa best nya watak ni).  Oh, jatuh cinta untuk sekian kalinya kt mamat ni.  Memula saya tak layan pun citer ni sebab saya tak minat pelakon2 lain kecuali Ady Putra jer, tapi bila adik2 saya dok canang konon citer ni best sgt, then kawan2 opis saya gak dok bercerita yg drama ni best, saya pun tgk la melalui Tonton, dan, mmg best rupanya.

Ok, tu jer nk update untuk kali ni, tak sabar nk balik umah then nk 'dating' lagi ngan Ady Putra petang ni.  Hehehe.

Bye.