Wednesday, August 17, 2011

yeay..i've done it!

Assalammualaikum wbt...moga korang terus berada dalam naungan dan limpahan rahmat dah kasih sayang Allah SWT.amin. hari 18 Ramadhan, dh 18 hari kita berpuasa,moga kita semua terus diberikan nikmat kesihatan yang baik agar terus berupaya utk menghambakan diri kepadaNya.

Seperti yang dijanjikan...(wah mcm wakil rakyat la nk janji2 bagai)...entry kali ni is about my outdoor activities yer...pada 22-24 Julai yang lalu...bertempat di Gopeng,Perak saya bersama rakan-rakan sepejabat seramai 8 orang telah merasai pengalaman yang sukar untuk dilupakan. (power kan ayat saya...ahahaha). Secara peribadinya,saya merasakan ianya adalah cabaran utk diri saya yang sangat tidak menggemari dan meminati apatah lagi mencintai aktiviti2 lasak nih. Saya bertolak ke Gopeng pada 22 Julai pukul 11 mlm dengan menaiki kenderaan pejabat. Sampai ke kt Gopeng, kami terus check in kt hotel dan melelapkan mata serta mengumpul tenaga utk dikerahkan pada keesokkan harinya. Aktiviti bermula seawal 8.30 pagi dengan bersarapan. lepas tu,kami semua diminta mengisi borang dan bersiap sedia utk bertempur..hehehe...

Then, selepas dibekalkan dengan life jacket dan safety helmet, dengan menaiki lori (ala2 pendatang asing yer kengkawan...but it was fun actually...) kami dibawa menuju ke sungai untuk melakukan aktiviti white water rafting. Bagi yang tak tahu apa kebendanya white water rafting tu, ianya lebih kurang mcm, korang dan group members korang duduk diam2 dan baik dalam raf dan menyelusuri sungai yang berarus deras. Pegang kuat2 tali raft korang tu bila ada jeram supaya tak tercampak keluar dan berisiko utk dihanyutkan arus atau lemas. (sounds like seram kan??) but..it was fun.. i really enjoyed it. opss..lupa, sebelum buat aktiviti water rafting tu, kena wat water confidence...utk menguji tahap keberanian korang berada dalam air sambil dihanyutkan arus. Motif wat benda nih?? utk mengurangkan rasa fobia korang terhadap air. Korang akan dibiarkan hanyut dlm arus sekejap sebelum berkumpul dan menaiki raft memasing together2 wif your group members and seorang guider yang mmg expert giler (sgt mahir okeh) utk mengendalikan raft korang tu. So...korang akan dibekalkan dengan pedal (pengayuh) dan ...selamat menyusuri sungai Gopeng (betul ke nama sungai tu sungai Gopeng?? saya tak pasti..hehehehe...)sepanjang lebih kurang 7 kilometer. Best sgt tau aktiviti ni...bg yg belum mencuba, sila la cuba..tak rugi.

Lepas wat white water rafting tu...kitaorang break kejap utk lunch dan solat zuhur. So,after we had the super delicious lunch, kami semua diberikan bilik comel (atas pokok okeh)untuk membersihkan diri dan bersolat. Tempat ni diberi nama earth camp...sangat menarik ok, sebab very back to nature..yela dh la bilik (or should i addressed it as a hut???) yg comel..atas pokok...(korang tak yah la buang masa imagine saya kena panjat pokok tu mcm dlm citer tarzan lak yer..sebab pondok tu hanya kira2 2 meter dari atas tanah dan disediakan tangga mcm dlm citer melayu klasik tuh). dlm bilik tu cuma ada tilam nipis dan selimut jer..dan lampu yang bermentol kuning tu...so, pandai2 la korang nk hidup yer...

After the short break, kami lagi sekali menaiki lori ke tempat yang sama seperti pagi td (masa wat water rafting tu). But, this time to do the kayaking activities plak. Ini SANGAT MENCABAR okeh. ini bukan kayak yg manja2 yg korang naik masa g dating ngan kekasih hati kt taman tasik tu yer. Korang akan di pairing kan dan diberikan kayak serta pedal. Kayak tu dh la kecik,sempit, tak mcm raft yang korang leh pegang tali bila kt rapid, pastu plak, masa water rafting,ada guide yg mmg dh pro, tp,masa kayak nih, its totally depend on yourself and your partner to control the kayak...but...again..i was very lucky to have my partner as a partner...(apa ayat nih??)sebab dia leh control kayak tu dan plg penting dia leh sabar (dlm ati tak tau ler ...)dgn saya yang tiap kali jatuh jer dlm air dan lemas atau setiap kali nmpk rapid,terus bising nk blk jam2 tu gak..hehehe...yela..mana saya tak bising nk blk...kalau setakat jatuh dlm air tak pe lagi, tp,kalau jatuh dlm air,kemudian lemas,kemudian dihanyutkan arus dan berlanggar2 dengan batu2 dan bukan sekali tapi berkali2...best ke hah???sakit tau tak...hehe....tp..saya berjaya juga menamatkan aktiviti ini walaupun tak tahu la berapa gelen air sungai yg saya telan.

Habis jer aktiviti tu...(rasa bangga bila berjaya menamatkan aktiviti tu dan bertambah bangga bila ada sorang guide ni ckp, tak penah lagi org berkayak kt tempat kitaorang kayak tu..sebab kalau ada pun,tak sejauh kitaorang..fuyoo..hehehe) bermakna selesai la sudah aktiviti utk hari pertama...so, kami semua blk ke bilik comel yg diatas pokok tu utk membersihkan diri dan solat magrib. Lepas solat,ada BBQ yer...best sebab byk makanan yang disediakan..hilang jap sakit2 badan...pastu,semua pun kepenatan dan melelapkan mata dalam keadaan badan yang dari kepala hingga ke kaki sakit2. Nyenyak saya tido mlm tu bertemankan suara cengkerik...ahahhaha...

Pagi hari kedua. Selepas sarapan pagi, sekali lagi kami menaiki lori utk ke Gua Tempurung bagi menyelesaikan tugasan ketiga. Dengan dibekalkan helmet dan head torch (ke head lamp...???lupa la...)kami memulakan ekspedisi meneroka Gua Tempurung...(wahhh..ayat cella kan???hehehe). Sangat teruja melihatkan keadaan dlm gua yg gelap dan mmg mengah (seb baik tak semput jer) bila terpaksa mendaki hampir 600++ anak tangga dlm gua tersebut...lepas mendaki...kena turun la plak kan??tp..bukan guna tangga yer..you've to slide...mcm mana??? kt satu area tu..ada batu yg licin...so..kita kena slide pelan2 melalui batu tu utk ke bawah....ada la teknik2nya yer...tp...bahasa mudahnya mcm kita main gelongsor masa kecik2 tu..cuma wif extra careful coz salah teknik..berguling la ko ke bawah...pastu...kena turun lagi (yela..naik 600+ anak tangga kan???bila nk turun..byk la step nya) kali ni ikut lubang kecik jer...muat2 badan jer...tp..jgn risau...kalau anda seorang ynag berbadan besar pun..stil leh turun ikut lubang ni yer (berdasarkan pemerhatian orang2 yg pernah buat) pastu kena merangkak @ menyulur mcm askar tu dlm air...masa ni korang kena berhati2 agar tidak terminum air yg dikuatiri akan menyebabkan korang sakit kerana tidak diketahui kandungannya selain dari najis kelawar yang menghuni gua yer...kenapa kena merangkak??? sebab tu jer cara korang bergerak. Lantai dan bumbung gua rendah jer (kira2 2-3 kaki jer),so,ada pilihan lain ke selain merangkak?? masa ini la pentingnya helmet korang tu supaya dapat mengcover kepala korang dari steletite dan stelemite (my apologise if the spelling are incorrect yer..).

Keluar dari gua,kembali ke earth camp utk membersihkan diri dan mkn tengah hari. Sempat juga kami mandi manda di sungai berhampiran. (ayat mcm karangan masa darjah 5 kan?kan?) Selepas solat zuhur,kami sekali lagi naik lori utk aktiviti terakhir ekspidisi ini iaitu high roping. Namanya pun high kan??? sayup jer nmpk kt atas. Saya kan gayat??? kecut perut tul. Hanya yg bebetul cekal jer yg mampu wat. Selepas berfikir dan sedar kemampuan diri, (selepas juga insiden seorang rakan telah accidently injured belum sempat 1st stage pun)dan selepas berbincang, saya dan 4 orang rakan yg lain memutuskan untuk tidak melakukan aktiviti yg ekstrem tersebut dan we're given another optional activity which is stil kena panjat2 but less extreme compared to the 1st one...hehehe...so, kami pun memilih utk melakukan aktiviti ini...ada la panjat batu2 mcm wall climbing tu..tp..ni original punya(tinggi okeh...siksa nk letak kaki kt tempat yg disediakan lantaran kaki kurang panjang..)pastu...panjat lagi..ada la kayu2 kecik (selebar tiga jari saya) yg diikat kt wayar kabel..kena la meniti..dh la tergoyang2...tgk bawah sayup jer mcm gaung menanti..ngan batu2 dan pokok2)pusing keliling pokok (pokok dh la tinggi dan besar...)tp..berjaya gak la diselesaikan.

Tamatnya aktiviti high roping tersebut..bermakna tamatla juga ekspidisi kami...selama 2 hari..4 aktiviti lasak (lasak for myself ok) berjaya saya lakukan...yeay...berjaya...so..mlm tu..pukul 9pm..kami pun bertolak pulang...disebabkan kesesakan jalan raya...pukul 1am baru sampai rumah..nasib baik dh apply cuti hari isnin berikutnya...bangun jer tido esoknya...seluruh badan sakit2..nk jalan pun siksa...lutut dan pinggang lebam2...bahana terlanggar batu..hadiah dari Gopeng...hehehe...walaupun sakit2 badan...it was worth it...experienced like that...make my life more colourful...i was really enjoyed it...(yer...masa sedang melakukan..ko merepek mcm org gila kan??nk blk bagai kan???)..

ok..thats all for now...harap xder benda yg tertinggal...jap nk fikir...opss..one more things...forgot to mention about the food...makanan yang dihidangkan sepanjang 2 hari kt sana sangatlah sedap...sampai hari ni..teringat2 sambal ikan bilis tu...perghh..kecur air liur...ok..thats all...harap leh jumpa korang lagi soon yer...so, till then..korang take care..puasa jgn ponteng...bye.

No comments:

Post a Comment