Monday, June 13, 2011

Al-Fatihah...

Assalamualaikum korang...moga korang terus dilimpahi rahmatNya yer,amin. Semalam,ketika saya sedang berkemas2 barang2 (kan nk pindah tak lama lagi...) adik saya sms...dia bgtau...salah seorang saudara saya telahpun kembali ke rahmahtullah. Innalillahhiwainnahirajiun.... arwah berusia 33 tahun,sihat tubuh badan, mempunyai seorng isteri dan 4 orang anak berusia diantara 11 tahun - 5 tahun. Jujurnya,saya tidaklah rapat dan mesra dgn arwah,namun,pemergiannya yg tiba-tiba tetap meninggalkan kesan kepada saya, arwah merupakan anak kepada datuk saudara saya (sebelah mak). Beliau meninggal dunia pagi semalam, ketika berada di dalam lorinya, tanah runtuh dan menyebabkan kecederaan pada arwah dan arwah meninggal dunia di tempat kejadian. Minggu lepas, saya baru sahaja menghadiri kenduri kahwin adik arwah,namun saya tidak berkesempatan untuk bertemu dengannya,korang bayangkan ek, begitu la perencanaan Allah yang maha hebat, minggu lepas, rumah arwah dihadiri ramai orang utk meraikan pengantin (adik arwah), genap seminggu,rumah tersebut diziarahi lagi, (kebanyakkannya oleh orang yang sama,jiran2 terdekat)tp,atas sebab yang berbeza...menziarahi arwah.

Baru beberapa hari yg lepas,iaitu hari rabu yang lepas, adik saya yang sama juga sms saya,memberitahu,abang sepupu saya juga telah kembali ke rahmahtullah, arwah meninggal juga dalam usia yang muda,arwah meninggal disebabkan kegagalan organ dalamannya utk berfungi berpunca dari penyakit hati yang dihidapinya.

Saya mungkin tidak terasa kehilangan seperti keluarga terdekat arwah, namun saya amat memahami perasaan mereka. Hampir 7 tahun yg lepas, kejadian yang hampir serupa, dirasai oleh saya dan keluarga. Dan kesannya, hingga kini,saat ini,setelah 7 tahun saya masih 'merindui' arwah paksu saya. Arwah paksu juga 'pergi' secara tiba-tiba. Untuk bercerita dgn details,saya masih tak mampu sebenarnya,bahkan,tiap patah perkataan yang saya taip sekarang ni pun,air mata saya tunggu masa jer nk keluar...saya amat berharap,satu masa nnt,saya dapat berbicara ttg 'pemergian' paksu dgn tenang. Al Fatihah utk arwah abg sepupu saya, arwah Faisal (saudara saya) dan juga arwah paksu, moga Allah swt terus melimpahkan rahmatnya dengan menempatkan roh mereka di kalangan para syuhada dan orang 2 yg beriman di dalam syurgaNya....dan buat keluarga arwah,saya berdoa moga Allah mengurniakan ketabahan dan kekuatan dalam mengharungi ujian berat ini. Amin.

p\s: Pemergian mereka, membuatkan saya menguatkan lagi tekad dan azam, supaya saya lebih menghargai insan-insan yang menyayangi saya sementara saya masih berpeluang utk bergurau senda dgn mereka,atau setidak-tidaknya, bergaduh-gaduh manja dengan mereka.

No comments:

Post a Comment