Sunday, August 22, 2010

poligami dari perspektif cella...

salam korang...puasa tak rini?hari ni dh 13 Ramadhan dh tau...lg 2 minggu jer lg...so..far..i still lagi berupaya menunaikan kewajipan ini. (wahhh..ayat tak hingat..hehehe). Gempak tak tajuk entry kali ni? tp, before i menulis dgn lebih lanjut, ingin i tegaskan di sini, setiap huruf dan perkataan yg i tulis adalah menurut pandangan, ideologi, pendapat atau perspektif (dan yg sama maksud dgnnya) i sendiri. so, bagi kalian yg tidak bersetuju dgn kata2 i, atau tidak sependapat dgn i, terpulang la kan? hak masing2. ini cuma pandangan i jer...

Poligami. Mengerikan bagi sesetengah wanita. Jgnkan untuk berbincang, dgr perkataan ini jer pun dh leh wat mereka ini (golongan anti-poligami) tarik muka masam. Apatah lagi kalau perkataan tersebut keluar dari bibir suami mereka2 ini, boleh kena sawan agaknya. Pernah ada seorang kawan tanya pendapat i ttg isu poligami ni, jawapan i senang jer...poligami ni kan hukum Allah, sebagai solat,puasa,zakat (selebihnya,korang fikir sendri la). Justeru, kalau kita boleh patuh, ikut, akur untuk solat 5 waktu sehari semalam, puasa sebulan sepanjang Ramadhan, pakai tudung utk menutup aurat, kenapa kita tidak boleh terima ttg hukum ini? Isu poligami barangkali terlalu tabu untuk dibincangkan secara matang,tp, bagi i, ianya menjadi tabu kerana kedangkalan sesetengah individu yg lebih mengikut perasaan. Sorry la kalau bahasa i terkasar,tp, i mmg sakit hati kdg2 dgn hujah2 golongan anti-poligami ni,seolah2 poligami adalah hukuman mati buat wanita, sedangkan poligami adalah hukum Allah, dan Allah tu kan maha adil,takkan la tetiba ada hukum yg hanya menggembirakan kaum adam,tetapi membuatkan kaum hawa ni menderita plak kan?

I mmg tak nafikan, mana ada wanita normal yang bahagia bersama suaminya, berasa gembira dan suka hati apabila dimadukan,mestilah rasa terluka kan?kan? Tp,kalau la, si suami ada sebab yang kukuh utk berpoligami, selain dari dia byk duit or harta, sebagai contoh,si isteri telah disahkan doktor pakar sakit puan,beliau tidak dapat melahirkan zuriat utk si suami, manakala si suami plak normal,dan, si suami mampu dari segala aspek utk beristeri lebih dari satu,walaupun pahit, kena redha la kan? Mmg, kalau i bercakap dengan golongan anti-poligami ni, dorang mesti akan cakap, eleh ko cella, ko dh kawin ker?ko dh penah rasa kena madu?ko boleh la cakap,sebab tak kena kt ko kan?

I tak nafikan, byk kes poligami kt Malaysia nih yg tidak membahagiakan malah membuatkan para wanita menderita. Tapi, i nak tanya korang, yang membuatkan mereka menderita tu, poligami atau orang yg berpoligami itu sendiri? Pendapat i, poligami itu tak salah dan mereka yang membenci poligami itu seperti membenci hukum Allah (minta dijauhkan la). Disitu silapnya kita, kita menilai seterusnya menghukum poligami sedangkan yang patut dipersalahkan adalah kaum2 adam yg mengambil kesempatan utk berpoligami tetapi gagal utk melaksanakan tanggungjawab yang disertakan. dan lagi, i selalu dgr ayat klise,'kalau u nk kawin gak ngan dia, i izinkan tapi,ceraikan i dulu' i mmg tak faham la ayat ni, kalau dh ceraikan si isteri tu, apa perlunya keizinan tu lagi? ye tak? kadang2 kita terlalu paranoid, takut akan perkara yg belum berlaku, contohnya, takut si suami gagal berlaku adil apabila berpoligami sedangkan belum lagi berpengalaman diabaikan...

Kdg2, i tgk , ada jer sesetangah kes, wanita ni tahu jer si suami ada perempuan simpan, tp, rileks jer dia, tp, bila si suami nk berpoligami, terus kena meroyan. Sanggup plak dia tanggung bersubahat dosa si suami bermukah (wahhh..ayat cam dlm buku hikayat mahsuri). Selalunya kes ni terjadi kat golongan VVIP la kan? yang ada duit berkepuk2 tuh...Mak i penah ckp, hidup ni, tak leh tamak, so, kalau dh takdir, kita dimadukan, semua syarat2 telah pun dipenuhi, kenapa kita nk sakitkan jiwa kan? Relakan jela...mak i cakap lagi, lelaki ni, yg makin dikongkong, makin dia la dia menjadi..tp, betul gak, abah i sepanjang kahwin ngan mak i selama 35 tahun, tak penah pun terbitkan isu poligami. sedangkan mak i dh kasi greenlight dh, abah i lak cakap, "cella, semua lelaki normal mmg akan ada rasa utk berpoligami, tp, kalau la lelaki2 tersebut benar2 faham konsep poligami seperti yg Allah perintahkan, bagaimana besar dan beratnya tanggungjawab yang dipakejkan sekali dengan poligami tersebut,rasanya cukupla seorang isteri"

Sebenarnya ada byk lagi hujah i mengenai poligami, tapi, i dh nk blk dh nih, so, cukup la setakat ni dulu yer...tp..apapun, kalau boleh, i berdoa siang malam supaya i nnt dijodohkan dengan lelaki bujang...hehhehe...kepada para lelaki yg teringin sgt berpoligami, kaji dulu camner Rasulullah uruskan isteri2 baginda....jgn sibuk nk cari calon jer...dan..pastikan isteri kalian benar2 redha...ok la..i nk blk dh ni...penat la hari ni...sampai jumpa lagi yer...dan ...andai tulisan i ni menyakitkan hati koranng..ampunkan i yer...bye....

No comments:

Post a Comment